24 ahli majlis MPPP angkat sumpah terima jawatan
Oleh:
SH UTARA/GOKINA MORGANAN
Tarikh: January 4, 2012
GEORGETOWN - Seramai 24 orang ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi tahun ini yang terdiri daripada wakil parti DAP, PKR, Pas dan badan bukan kerajaan (NGO) mengangkat sumpah menerima jawatan semalam.
Ia dilakukan di hadapan Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail.
Majlis yang berlangsung di Dewan Bandaraya turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman; Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang; Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarkat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.
Daripada jumlah itu, hanya dua ahli wanita iaitu Lim Siew Khim dari DAP dan Ramlah Bee Asiahoo (PKR).
Ahli Majlis yang terdiri dari DAP ialah Tan Hun Wooi; D Harvindar, Ong Ah Teong, Tay Leong Seng, Lim Siew Khim, Zulkifli Mohd Noor, Lim Cheng Hoe, Teh Lai Heng, Gooi Seong Kin dan L Prem Anand.
Wakil PKR ialah Ooi Keat Hin, Francis Joseph, Ramlah Bee Asiahoo, Tan Seng Keat, Mohd Rashid Hasnun, Muhammad Sabri Md Osman, Mohd Taufik Sulong dan seorang muka baru, Ng Chek Siang menggantikan Lim Boo Chang.
Dua ahli mewakili Pas ialah Mohamed Yusoff Mohamed Noor dan Iszuree Ibrahim.
Turut mengangkat sumpah ialah empat ahli dari NGO itu Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman; Tahir Jalaluddin Hussain; Dr Lim Mah Hui dan Sin Kok Siang.
Ahli Jawatankuasa Tetap Pusat Setempat (OSC) iaitu Harvinder Singh; Siew Khim dan Francis Joseph dikekalkan.
Terdahulu, Guan Eng dalam ucapannya meminta kepada ahli majlis menggalas amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin kerana ia berat dan mencabar memandangkan ekspektasi masyarakat terhadap fungsi dan peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) makin tinggi.
Untuk itu, mereka perlu sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat setempat melalui penganjuran aktiviti dan progam kemasyarakatan agar hubungan dapat dipertingkatkan.
"Pada masa yang sama, mereka dapat memahami masalah dan aduan setempat untuk dibawa ke peringkat MPPP atau agensi berkaitan untuk diselesaikan," katanya.