KUALA BESUT - Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan Tok Saboh dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa Mae Yae Kono, 77, warganegara Thailand maut di tempat kejadian apabila kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika wanita berkenaan ingin melintas jalan selepas pulang daripada pasar malam yang terletak berdekatan kejadian.

Menurutnya, mangsa berjalan kaki melintas dari kanan ke kiri jalan namun tiba-tiba datang sebuah pacuan empat roda jenis Hilux dari arah Kuala Terengganu menghala ke Gunung, Bachok, Kelantan.

‚ÄúPemandu Hilux tersebut seorang lelaki berusia 57 tahun dari Gunung itu tidak sempat mengelak kerana jarak dekat lalu terlanggar mangsa.