KUALA TERENGGANU - Pesara tentera tidak berpencen di Terengganu akan menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) secara berperingkat bermula awal bulan depan.
Sehubungan itu, Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Terengganu Alias Abdul Razak meminta mereka yang belum mendaftar dengan PVTTB agar segera berbuat demikian bagi memudahkan agihan sumbangan.
Agihan akan dimulakan dengan daerah Kuala Terengganu dan Marang pada 5 Februari di Wisma Darul Iman, manakala bagi Kemaman dan Dungun pada 16 Februari di Institut Kemahiran Belia Negara Kemaman, katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Menurut Alias, PVTTB belum memutuskan tarikh agihan bagi daerah Besut dan Setiu.
Katanya rekod Jabatan Hal Ehwal Veteran angkatan Tentera Malaysia menunjukkan terdapat hampir 12,000 pesara tentera tidak berpencen di Terengganu.
"Daripada jumlah itu, yang berdaftar dengan persatuan sekarang cuma 1,500 orang sahaja," katanya.
Katanya untuk berdaftar mereka hanya perlu membayar yuran keanggotaan RM10 dan RM50 jika mahu menjadi keanggotaan seumur hidup.
Untuk keterangan lanjut, mereka boleh hubungi talian 010-9177791, 013-9317221 atau 013-6262034, kata Alias.
Di bawah SVTB1M yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013, bekas tentera tidak berpencen yang layak akan menerima sumbangan 'one-off' RM1,000 seorang. - Bernama
Bekas tentera Terengganu terima sumbangan RM1,000 awal Feb
Tarikh: January 29, 2013
Artikel Berkaitan
- Rakyat harus nilai sumbangan Pas
- Lima penduduk terima sumbangan
- Wanita Siam hulur sumbangan untuk wira
- Pesara kesal gambar disalah guna akhbar terima Kad Sara Hidup ATM
- Tiup semangat patriotik terutama golongan muda
- Tipu guna nama masjid kutip derma
- Salah guna nama masjid
- Terengganu akan terus hulur bantuan kepada mangsa banjir
- 2 kemungkinan gagal dapat sumbangan RM1,000
- Pembinaan bangunan baru perlukan sumbangan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.