SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan pelan catuan bekalan air dilaksanakan bermula 10 Mac ini.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) pada 6 Mac meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua dipertingkatkan ke Peringkat Ketiga dan ianya akan merangkumi beberapa kawasan tambahan di daerah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat.

Pihak Span akan menyelaras pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga ini juga adalah menggantikan keseluruhan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu.

Manakala Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama yang melibatkan tiga (3) wilayah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang ekoran dari penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia yang tinggi di dalam Sungai Langat akan diteruskan.

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga untuk makluman dan panduan semua pengguna yang terlibat:


Catuan bermula pada 10 Mac (Isnin) hingga 31 Mac (Isnin). Tempoh itu tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh Span. Syarat catuan adalah seperti berikut:

• Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.

• Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.

• Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air  kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari  pertama zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.

• Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

• Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri dan rumah kebajikan.


ZON 1

Taman Setapak Indah, Taman P. Ramlee, Taman Tai Onn Setapak, Taman Setapak Indah Jaya, Langgak Bukit, PPR Taman Intan Baiduri, Taman Keramat AU1, Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5, Taman Keramat AU3, Taman Permata, Taman Setapak Jaya, Taman Sri Rampai, Desa Setapak, Kg Kemensah, Wangsa Melawati (Jalan Wangsa Perkasa), Seksyen 5 Wangsa Maju, Seksyen 6 Wangsa Maju, Seksyen 10 Wangsa Maju, Villa Wangsa Mas, Taman Ukay Perdana, Ukay Bistari, Sierra Ukay, Riana Ukay, Taman Melawati, Tiara Kemensah, Saujana Melawati, Tropika Kemensah, Kemensah Height, Residen Kemensah, Ukay Prima, Bukit Melawati, Amber Hill, Twin Palm Kemensah, Nadayu Melawati, Sunway Melawati, One Jelatek, Taman Bukit Wangsa Mas, Bandar Manjalara, Sunway Harmoni, Sunway SPK, Desa Aman Puri, Taman Industri Ehsan Jaya, Bandar Sri Damansara (SD 1 hingga SD 6), Kawasan Metro Perdana Timur, Kawasan Metro Perdana Barat, Jinjang Selatan
Jinjang Selatan Tambahan, Taman Pusat Kepong, Taman Jinjang Baru, Sebahagian kawasan AU4 Keramat


ZON 2

Kg Sungai Merali, Kg Puah, Kg Padang Balang, Kg Bandar Dalam, Beverly Heights, Bukit Jubina, Pinggiran Ukay, Kuala Ampang, Ampang Utama
Taman Dato’ Ahmad Razali, Kg Baru Ampang, Kg Melayu Ampang, Kg Tasek Permai, Taman Cahaya Indah, Taman Ampang Mewah, Taman Villa Sri Ukay, Taman Wangsa Ukay, Bkt Mewah, Riverdale Apt Bkt Antarabangsa, Taman Kelab Ukay, Bkt Mulia, Kg Sg Sering, Sering Ukay, Taman Bkt Jaya, Taman Bkt Utama, Bkt Antarabangsa, Taman Zooview, Taman Ibukota, Air Panas Setapak, Taman Setapak, Kg Lee Kong Chian, Desa Haras Hulu Kelang, Taman Kemensah Heights, Taman Pesona Villa, Ampang Jaya, Taman Sri Ukay, Taman Hillview, Dataran Ukay, Taman Ukay Heights,Taman Kosas, Taman Rasmi Jaya, Taman Bandar Baru Ampang, Mesra Ria Apartment, Taman TAR, Taman Ampang Indah, Kg Dato’ Mufti, Taman Bukit Indah, Kg Ampang Campuran, Taman Halaman, Taman Kesuma, Taman Bkt Ampang, Kg Muhibbah, Taman Sri Watan, Taman Sri Ampang, Kg Sungai Mulia, Taman Suria Setapak, Taman Setapak Permai, Kg Kuantan Gombak, Taman Tasek Tambahan, Taman Sri Raya, Taman Sri Bayu,
Danau Kota (kawasan A), Jalan Usahawan, Taman Wangsa Jaya, Pangsa Murni, Taman Bukit Maluri, Bandar Sri Damansara (SD 7 hingga SD 13)
Taman Metro Prima, Desa Park City, Taman Kepong Indah Perdana, Kepong Baru 1, Kepong Baru 2, Taman Sri Segambut, Laman Rimbunan, Jinjang Utara, Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 4, Wangsa Melawati & Wangsa Delima