"Apa yang pasti akan ada calon-calon daripada golongan muda dalam PRU14,"

katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Pemimpin Muda Perak Bersama Menteri Besar di sini, hari ini. Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Zambry berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan latihan melibatkan kesemua jentera khas parti di setiap bahagian di Perak bagi mengkaji dan menyelesaikan sekiranya terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Mana-mana pihak yang mahu bertanding dalam pilihan raya mereka perlu bersiap sedia dalam pelbagai aspek kerana kita tidak boleh terlalu yakin," katanya. - Bernama