BENTONG - Penerima Dana Sinar Harian Adun Ketari, Young Syefura Othman tidak menyangka dan bersyukur kerana rakyat di Dun Ketari telah memberi mandat kepadanya untuk menjadi Adun di kawasan tersebut.

“Terima kasih kepada pengundi yang telah memberi sokongan dan mengundi saya pada PRU14 untuk menjadi Adun Ketari dan mereka tidak silap memilih dan membuat keputusan wakil rakyat mereka.

“Terima kasih kepada parti DAP memberi kepercayaan kepada saya dan saya akan buktikan dengan orang muda dan wanita tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk membawa suara rakyat ke sidang Dun,” katanya.