KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Belat, dekat Jaya Gading di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, Mohd Danish Haikal Semar dipercayai terjatuh ke sungai itu selepas tergelincir ketika memancing bersama beberapa rakannya dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

"Kita menerima laporan pada 2.42 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas digegaskan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Pada masa ini, operasi sedang dijalankan oleh Unit Skuba bomba dan turut membabitkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.