|
|
|
|
|
Pahang
191,122 pemohon di Pahang layak terima BR1M
Oleh:
Wartawan Sinar Harian
Tarikh: February 22, 2012 KUANTAN - Seramai 191,122 daripada 240,324 pemohon yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah menerima bantuan itu di Pahang, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Beliau berkata pemberian BR1M itu melibatkan jumlah bayaran RM95.561 juta dan hanya 49,202 permohonan sahaja yang gagal melepasi syarat-syarat ditetapkan untuk menerima bantuan berkenaan.
"Bagi mereka yang tidak berjaya boleh merujuk permohonan mereka di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pertanyaan atau untuk membuat permohonan semula," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. |
|
|
|
Syarat & Penafian |
Pengiklanan |
Hubungi Kami
Resolusi terbaik pada 1024 x 768 ©2012 | Hakcipta Terpelihara Grup Digital Karangkraf |