SYARIKAT Bumiputera, Secretleaf International Sdn Bhd dengan menggunakan jenama Secretleaf yang merupakan pengeluar produk natural dengan mematuhi formulasi natural Kesatuan Eropah menyasarkan jualan kesemua rangkaian produkn meningkat 20 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusannya, Amir Ramadzan Ibrahim berkata, penambahan jualan tersebut dipacu oleh 20 produk baharu Secretleaf menjelang akhir tahun ini seperti kosmetik, produk lelaki dan bayi.

“Jualan Secretleaf juga didorong peningkatan kesedaran pengguna sedia ada terhadap produk Secretleaf yang menggunakan bahan semula jadi dan bebas daripada sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan selain mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf juga akan terus fokus untuk mengukuhkan pasaran produk kecantikan dan penjagaan kesihatan dengan melaksanakan strategi berkesan untuk menawarkan rangkaian produk terbaik.

“Secretleaf merancang membuka 10 cawangan baharu di seluruh negara dan memperuntukkan sebanyak RM500,000. Setakat ini, kami ada tiga cawangan iaitu di Kota Damansara dan Ampang, Selangor serta di Kota Bharu, Kelantan.

“Secretleaf juga menyasarkan penambahan 50 stokis di seluruh negara untuk memudahkan pengguna dapatkan produk kami memandangkan ia mendapat permintaan tinggi. Setakat ini, Secretleaf diedarkan 20 stokis, 200 ejen dan boleh didapati di 300 farmasi di seluruh negara antaranya Alpro Pharmacy Malaysia dan Multicare Health Sdn Bhd,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf mempunyai tiga rangkaian produk iaitu berasaskan minyak argan, Bee Venom dan produk penggunaan khusus.

“Setakat ini, Secretleaf mempunyai 30 produk di bawah rangkaian minyak argan iaitu Pure Oil Series 01 Organic Oil, Pure Oil Series 02 Tea Tree Oil, Argan Age Reversal Day Cream, Arbutin Natural Lightening Cream serta Argan Oil Natural Conditioning Shampoo. Melalui rangkaian Bee Venom pula ialah Bee Venom Beauty Bar, Bee Venom CC Cream, Bee Venom Eternal Youth Moisturizer dan Bee Venom Water Drop Sleep Mask.

“Produk lain pula ialah Colorblock Translucent Loose Powder, Seven Wonders Hair Serum, Metalism dan Plant Defense Whitening Sunscreen. Harga produk Secretleaf adalah berpatutan iaitu serendah RM30 sehingga RM150,” katanya.

Formulasi kosmetik natural

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf adalah yang pertama memperkenalkan minyak argan organik di Malaysia dan ia dikenali sebagai pengeluar produk berasaskan natural, selamat dan halal.

“Secretleaf berbeza berbanding produk lain di pasaran, malah ia dikeluarkan kilang kami sendiri yang terletak di Sungai Petani, Kedah dan Meru, Selangor.

“Secretleaf mementingkan kualiti, setiap produk akan melalui kajian daripada unit pembangunan dan penyelidikan kami sendiri,” katanya.

Tambahnya, Secretleaf juga diformulasi untuk disesuaikan dengan kulit, cara hidup dan cuaca di Malaysia dan dibuat mengikut garis panduan halal.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf mempelopori produk berasaskan minyak argan dalam pasaran Malaysia sejak tujuh tahun lalu, ia diimport dari Koperasi Wanita Manghribi, Morocco.

“Produk berasaskan minyak argan diformulasikan kepada 5 produk berbeza dan ia menyumbang 30 peratus kepada jualan syarikat. Produk berasaskan minyak argan asli yang mempunyai permintaan tinggi adalah Pure Oil Series 01 yang membantu melembapkan, menganjalkan, merawat parut dan mengurangkan garis halus pada wajah.

“Selain itu, Pure Oil Series 01 yang menggunakan bahan organik asli sesuai untuk semua jenis kulit, rambut dan kuku serta kesan regangan selepas bersalin. Pure Oil Series 01 didatangkan dalam saiz 15 dan 50 mililiter dan dijual pada harga RM63 dab RM128 sebotol,” katanya.

Tambahnya, terbaharu, Secretleaf mengeluarkan Argan Oil Natural Conditioning Shampoo yang dilihat mempunyai potensi khusus untuk membantu mereka yang mempunyai masalah rambut.

"Ia di formula khusus tanpa sulfat yang boleh merengsakan kulit di samping tidak memedihkan mata walaupun digunakan kanak-kanak.

“Apa yang penting setiap produk dipasarkan syarikat membantu pengguna. Syarikat fokus pengedaran dan pengeluaran produk kecantikan bersifat semula jadi menggunakan bahan-bahan organik,” katanya.

Amir Ramadzan berkata, Secretleaf yang dibuat berasaskan falsafah produk mewah mampu milik itu mampu terjual  30,000 sebulan walaupun menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Alhamdulillah, Secretleaf masih bertahan kerana mempunyai kuasa beli daripada pengguna daripada pelbagai bangsa. Saya optimis, permintaan Secretleaf akan meningkat berikutan kekuatannya yang menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan terbukti berkesan kepada pengguna,” katanya.

Mereka berminat jadi stokis atau ejen boleh hubungi 016-6626604. Juga boleh dapatkan maklumat di www.secretleaf.com.my atau Facebook my secretleaf.