PASAR Mini Raudhah Mart menyasarkan untuk membuka 1,000 cawangan di seluruh negara pada masa akan datang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Raudhah Mart dijangka memberi kemudahan kepada 1,000 pelanggan bagi setiap cawangan.

Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut turut menjangkakan untuk mencapai jualan tahunan bernilai RM6 bilion bagi jualan keseluruhan 1,000 cawangan.

Katanya, pendapatan bersih Raudhah Mart dianggarkan sebanyak 10 peratus bersamaan RM600 juta.

Selain menawarkan nilai yang terbaik, pengguna juga dapat membeli tanpa waswas kerana barangan Raudhah Mart dijamin halal dan bermutu.

Raudhah Mart juga adalah platform yang diwujudkan untuk menyumbang dana kepada projek Selamatkan Ummah.

Sebanyak 50 peratus daripada keuntungan bersih akan disumbangkan ke dana projek itu.