SAMSUNG Malaysia Electronics memperkenalkan peraduan terbarunya, Samsung Digital Appliance SMS Contest bagi memberi lebih keseronokan kepada pengguna setianya sempena tahun baru ini.

Peraduan tersebut memberi peluang kepada penggunanya untuk memenangi hadiah harian dan mingguan serta membawa pulang hadiah utama berupa cincin berlian Tiffany & Co 1.35 ct bernilai RM72,000.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Kwon Jae Hoon berkata, peraduan ini merupakan salah satu cara mendekati pengguna dan berterima kasih untuk segala sokongan yang telah diberikan.

“Sempena musim perayaan ini juga, kami akan memberikan produk Samsung premium secara harian dan mingguan untuk menunjukkan betapa kami menghargai pengguna kami.

“Sebagai meraikan tahun baru, Samsung akan terus menyediakan keperluan rumah berinovatif yang mampu menyampaikan penyelesaian lebih cekap dan pintar yang dapat memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Bermula 28 November dan untuk 10 minggu akan datang, pengguna yang membelanjakan RM300 dan ke atas untuk keperluan digital Samsung di pengedar Samsung berpeluang menyertai peraduan tersebut.

Pelbagai produk untuk dimenangi termasuk 75 unit Samsung OmniPro, ketuhar gelombang mikro pelbagai fungsi; 10 unit Samsung NaviBot-Silencio, pembersih vakum robotik; dan 10 unit Samsung Galaxy Note II.

Untuk menyertai, pengguna perlu menghantar SMS dan menjawab soalan serta menyediakan bukti pembelian sebagai syarat penyertaan.