PAK John Steamboat & BBQ menyasarkan enam hingga lapan cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Operasinya, CS Chong berkata, kesemua cawangan akan dibuka dan difokuskan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.

“Kami akan luas pasaran dengan buka cawangan di negeri lain.

“Bagi membuka satu cawangan restoran ini, kami labur RM800,000,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Pak John Steamboat dan BBQ di IOI City Mall, Putrajaya, semalam.

Pak John Steamboat dan BBQ di IOI City Mall Putrajaya merupakan cawangan kedua selepas enam tahun pembukaan restoran pertamanya di E-Curve, Petaling Jaya.

Menurutnya, restoran di E-Curve mempunyai sijil halal Halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan cawangan IOI City Mall ini akan diperoleh pada awal Januari ini.

Pada 2018, Pak John Steamboat dan BBQ turut merancang membuka satu cawangan, sekali gus menjadi yang ketiga di Lembah Klang.

Pak John Steamboat dan BBQ IOI City Mall boleh menempatkan 150 hingga 200 pelanggan dalam satu masa dengan harga RM42.90 seorang.