Seramai 342 penyertaan menyertai Anugerah Media Malaysia (MMA 2012) ke-8 yang dihadiri wakil syarikat iklan, kreatif dan media terkemuka, pengiklan serta pemilik syarikat media, baru-baru ini.
Bertemakan Friday the 13th, anugerah itu dibahagikan dalam beberapa kategori iaitu anugerah Grand Prix, anugerah Pengiklan Terbaik dan Agensi Terbaik.
Anugerah-anugerah ini diberikan sebagai menghargai kecemerlangan strategi, inovasi dan keputusan kempen media dalam industri pengiklanan dalam negara.
Pengerusi Penganjur MMA 2012, Andy Miller berkata, sambutanyang diterima menggalakkan bagi dua kategori baru iaitu Media Sosial dan Pengaktifan/Acara.
“Kami gembira melihat mutu penyertaan yang diterima pada tahun ini. Persaingan nampaknya semakin sengit saban tahun dan mencabar. Kami bangga dapat menghargai dan mengiktiraf hasil kerja dan pencapaian cemerlang dalam industri ini,” katanya.
MMA 2012 terima sambutan baik
Tarikh: July 24, 2012
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.