Memiliki kulit kusam dan menggerutu, perut buncit tidak bermaya mungkin memalukan malah menjadi masalah besar kepada anda untuk tampil yakin dalam khalayak ramai.

Kini mereka yang buntu mencari jalan penyelesaian dan sudah banyak menghabiskan wang poket untuk kelihatan cantik serta sihat tidak perlu bimbang lagi kerana Yusmira Gold adalah jawapannya.

Rahsia yang terkandung dalam produk Yusmira Gold iaitu minuman kolagen Diet Slymm Yusmira Gold, Cappuccino Kolagen Berry Plus dan terbaru Collagen Drink Plus Glutathione  dipercayai mampu untuk selesaikan kebuntuan anda.

Pengarah Yusmira Gold, Datuk Yusmira Yusof berkata, produk Yusmira Gold atau minuman kolagen itu diperkenalkan untuk merealisasikan impian mereka yang mengimpikan bentuk badan ideal dan kulit cantik.

Yusmira berkata, rahsia memiliki kecantikan yang menawan dan kulit putih gebu sebenarnya terkandung di dalam minuman kolagen dikeluarkan syarikatnya sehingga kini mendapat permintaan di luar jangkaan.

Yusmira yang juga pengamal ketiga-tiga produk itu memberitahu ia terbukti berkesan kerana ia sendiri menggunakannya sejak sekian lama, malah kini sudah mempunyai tujuh anak dan tetap tampil menawan.

“Produk terkini yang sebulan berada di pasaran dan terlaris iaitu Collagen Drink Plus Glutathione semakin mendapat sambutan dan dijangkakan dapat mengumpulkan hasil jualan RM3 juta setahun,” katanya kepada Sinar Harian sempena Majlis Perasmian Produk Yusmira Gold, baru-baru ini.

Menurutnya, ia merupakan minuman yang dihasilkan dari kombinasi 8,000 miligram kolagen yang tinggi berbanding produk lain dan glutathione dengan herba-herba tradisional serta pati buah berry kaya dengan kandungan anti oksidan.

“Ia sangat sesuai untuk wanita-wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. Malah menjadi lebih yakin tampil di khalayak umum pada setiap masa,” katanya.

Selain itu katanya, minuman tersebut juga mempunyai khasiat utamanya yang sudah pasti dimahukan wanita iaitu menegangkan kulit, memudarkan bintik-bintik hitam dan garis-garis halus serta menyingkirkan lingkaran gelap di bawah mata.

“Bahkan produk ini juga mampu membantu untuk mencerahkan kulit, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit,  anti penuaan dan juga baik untuk menegangkan aset-aset penting wanita yang semakin mengendur dimamah usia,” katanya.

Beliau berkata, untuk lebih cantik anda juga boleh mencuba menggunakan Diet Slymm yang merupakan gabungan pelbagai jenis serat semula jadi, membantu menguruskan badan  dengan mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolesterol dalam badan serta meningkatkan kadar metabolisma.

“Minuman ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, menurunkan berat badan, kawal paras gula dan menguatkan daya tahan badan. Bukan sahaja kelihatan cantik itu sudah memadai tetapi menjadi kesihatan di peringkat awal sebelum ia membawa kemudaratan juga penting. Jadi amalkan lah Diet Slymm,” katanya.

Manakala kopi pra campuran Cappuccino Collagen Yusmira Gold yang ditawarkan dengan harga RM39 itu boleh melengkapkan misi anda untuk kelihatan cantik, sihat dan menawan.

“Ia adalah hasil gabungan herba dan juga ekstrak buah-buahan yang diadun daripada kopi terpilih, kolagen, vitamin C dan gabungan herba seperti kayu manis, kacip fatimah, serapat, mas cotek, goji, blueberry, billerry, strawberry dan acelora berry yang tinggi kandungan antioksidan dan vitamin C,” katanya.

Oleh itu katanya, kelebihan kandungan tersebut akan membantu menghilangkan rasa mengantuk, meningkatkan sistem penghadaman, keserian kuku dan kandungan flanonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan adan awet muda.

Beliau berkata, bagi yang berminat menjadi pengedar dan ingin mencuba bolehlah mengunjungi Yusmira Gold di alamat PT 152 Tingkat Atas Seksyen 9, Jalan Che Su, Kota Bharu Kelantan atau menghubungi talian 010-9071113 / 010-9061113 dan 014-5366333.