ASEAN Co-operative Organization, (Aco), melancarkan Aco Gold Hub bertujuan untuk meningkatkan perdagangan dan transaksi antara koperasi di negara Asean melalui perdagangan emas.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Aco Gold Hub merupakan kerjasama antara Aco dan Quantum Metal Sdn Bhd (QM), MyAngkasa Holdings Sdn Bhd adalah pengurus projek tersebut.

Menurutnya, Aco adalah badan Apeks yang mewakili badan-badan Apeks koperasi dalam setiap negara Asean, bilangan individu koperasi seluruh negara Asean adalah 66 juta.

“Aco Gold Hub merupakan akaun simpanan emas yang boleh dimanfaatkan. Ia ditempa khas daripada pembekal bertauliah iaitu London Bullion Market Association (LBMA) dengan ukiran bercirikan Islamik.

“Aco Gold Hub program unik yang menyediakan aplikasi mudah alih Aco Pay yang selamat untuk membeli emas dan menggunakan nilai Ringgit Malaysia,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Aco Gold Hub, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Tengku Puteri Negeri Kelatan, Tengku Puteri Tengku Fatihah Ibni Alharhum Sultan Ibrahim dan turut hadir Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif QM, Datuk Dr KS Lim.