KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corp (MRT Corp) telah menerima tujuh bidaan bagi dua tender, iaitu Bekalan dan Pengagihan Kuasa (PSD) dan Kerja-Kerja Landasan (TW), bagi Laluan Sg Buluh-Kajang sejauh 51km.
Tender itu, yang ditutup pada Isnin, menyaksikan empat pihak membida tender PSD manakala tiga pihak membida kerja-kerja landasan, demikian menurut MRT Corp dalam satu kenyataan.
Bagi tender PSD, kesemua pembida prakelayakan mengemukakan bidaan tetapi dua daripada lima syarikat prakelayakan bagi tender TW tidak mengemukakan cadangan masing-masing.
Tawaran tender itu dijangka diputuskan pada akhir suku ketiga tahun ini, katanya.- Bernama