AIA Malaysia, ING kini bergabung
PERNIAGAAN penyedia insurans hayat Malaysia, AIA, telah disepadukan dengan operasi insurans tempatan, ING Group, selepas AIA Group Ltd memuktamadkan pengambilalihan perniagaan insurans ING di Malaysia pada Disember tahun lepas, demikian menurut AIA dalam satu kenyataan hari ini.