Dalam dua jam lagi saingan Piala Malaysia 2012 akan berlangsung di lapan lokasi berbeza di seluruh negara. Berikut analisis sepintas lalu berkenaan dengan kesemua 16 pasukan yang meletakkan harapan untuk menjulang trofi berprestij ini.

Kumpulan A

PKNS lawan Johor (Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya)

PKNS

Tiga mata dari Stadium MBPJ sahaja dapat memastikan anak buah  Abdul Rahman Ibrahim berada dalam keadaan selesa untuk meneruskan perjuangan dalam kumpulan ini. Sandaran utama Semut Api  tentunya diletakan di bahu Rudie Ramli dan Nizaruddin Yusof untuk meledak gawang pelawat.

Johor

Penampilan Singa Selatan kali ini lebih bersemangat apatah lagi mendapat sokongan daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dalam usaha mengembalikan semula era kegemilangan skuad merah biru ini. Jurulatih Sang Jengking, K Sukumaran pastinya akan meletakan sandaran kepada Andre Francisco Da Silva merobek gawang tuan rumah.

Prospek

PKNS  1 – 2  JOHOR

Johor FC lawan Lions XII (Stadium Pasir Gudang)

Johor FC

Jurulatih Johor FC, Sazali Saidon tentunya mahu menceriakan 15,000 penyokong setia sang Lebah yang akan tampil pada malam ini dengan kemenangan. Tenaga Arthuro Henrique antara peledak import berbisa Liga Super berada pada tahap kecergasan terbaik membantu pasukannya memulakan langkah kanan mala mini.

Lions XII

Kapten Lions XII, Shahril Ishak yang meledak dengan  10 gol pada saingan Liga Super akan diturunkan sepenuh masa  V  Sundramoorthy untuk memastikan penyudah Lions XII lebih menyengat. Lagenda bola sepak era 80 dan 90-an ini juga mengambil langkah berani apabila tidak mengambil pemain pinjaman saingan kali ini.

Dua pertemuan terakhir

Johor  FC   0 - 1  Lions XII

Lions XII   0 - 1  Johor FC

Prospek

Johor FC  0 – 2 Lions XII


Kumpulan B

Kedah lawan ATM (Stadium Darulaman)

Kedah

Sang Kenari dikendalikan jurulatih baru dari Croatia, Mario Tot berazam memberi tiga mata kepada penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman pada malam ini biarpun diundi dalam kumpulan maut. Kapten, Badrol Bakhtiar sandaran mengerakan bahagian bagi membolehkan peledak dari Crotia, Vedran Gerc menjaring gol.

ATM

Juara Liga Perdana 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil buat pertama kali dalam saingan Piala Malaysia di bawah kendalian B Sathianathan mahu terus melakar kejutan kebangkitan mereka musim ini. Pengalaman penyerang Marlon Alex James masih berupaya menjadi igauan ngeri kepada pertahanan Kedah.

Prospek

Kedah  0  -  2  ATM

Terengganu lawan Kelantan (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu)

Terengganu

PENYOKONG Sang Penyu mengharapkan permulaan baik pada saingan Piala Malaysia selepas prestasi mengecewakan pada saingan Liga Super 2012. Pertarungan mala mini tidak hanya melibatkan pertemuan epic dua gergasi pantai timur tetapi juga bekas guru, Peter Butler  melayan bekas anak didiknya The Red Warrios. Peledak,  Forkey Doe ditagih untuk merobek gawang yang pastinya akan melihat penampilan semual penjaga gol kebagsan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan

Musim penat anak buah Bojan Hodak berbaloi dengan dua lagi piala dalam misi skuad serba merah berkenaan, Piala Malaysia dan Piala AFC.  Biarpun pilihan untuk mara ke final edisi Piala Malaysia kali ini, namun cabaran sebenar  Badri ‘Piya’ Radzi dan rakan pada mala mini adalah mengekang jentera penyudah Sang Penyu dan membawa pulang tiga mata ke Kota Bahru.

Dua pertemuan terakhir

Kelantan  2 - 1    Terengganu

Terengganu  2 – 2 Kelantan

Kelantan  3 – 2 Terengganu  (Piala AFC)

Prospek

Terengganu  2  -  1  Kelantan

Kumpulan C

Felda United lawan Negeri Sembilan (Stadium Hang Jebat)

Felda United

Budak Felda beraksi di Stadium Hang Jebat nyata terlalu gah untuk ditumbangkan pelawat ditambah percaturan taktikal jurulatih, E Elavarasan sering membuatkan pelawat pulang putih mata. Biarpun tanpa kelibat ketua pasukan, Hamsani Ahmad, namun Ahmad Fakri Saani jika dibiar terlalu bergerak bebas di bahagian  hadapan boleh mengundang bahaya kepada lawan.

Negeri Sembilan

Penyandang juara Piala Malaysia 2011 ini pilihan mara ke pusingan seterusnya walaupun prestasi peringkat Liga Super 2012 amat mengecewakan penyokong Sang Rusa. Namun, dengan beberapa penambahbaikan dilakukan jurulatih,  Azraai Khor Abdullah dan penyudah lebih berbisa penjaring gol terbanyak  Liga Super 2012, Effa Owona dari Cameroon tidak mustahil Piala Malaysia piala kedua selepas Piala Sumbangsih.

Dua pertemuan terakhir

Negeri Sembilan   1 – 0  Felda United

Felda United  1 – 0  Negeri Sembilan

Prospek

Felda United  0 – 3  Negeri Sembilan

Sime Darby lawan Perak (Stadium Majlis Perbandaran Selayang)

Sime Darby

Penampilan pertama pasukan Konglomerat pimpinan  Ismail Zakaria dalam saingan Piala Malaysia, selepas melakar sejarah mara ke perlawanan akhir Piala FA, sebelum tewas kepada Kelantan  1 – 0. Ketangkasan penyerang dari Liberia, Ronaldinho Wleh yang menyengat pada saingan Liga Perdana diharap mampu melakuan kejutan terhadap Perak.

Perak

Kemerosotan enam perlawanan terakhir saingan Liga Super 2012 amat mengusarkan penyokong Sang Seladang sehingga membawa kepada perubahan drastic pengurusan dengan merehatkan pengendali, Norizan Bakar. Bekas pertahanan dari Korea Selatan, Jang Jung kini menjadi sandaran skuad Kejor Yob Kejor yang mempunyai kekuatan semangat berpasukan tinggi biarpun tanpa pemain bertaraf bintang.

Prospek

Sime Darby  1 – 0  Perak

 

Kumpulan D

Pahang lawan T-Team (Stadium Darul Makmur)

Pahang

Tok Gajah pasukan terakhir mengisi slot Liga Super 2013 musim depan memulakan kempen saingan Piala Malaysia tanpa sebarang pemain pinjaman. Pengendali, Dollah Salleh tetap yakin bahawa barisan pemain mudanya yang diterajui peledak kebangsaan, Azammuddin  Akil bersama kombinasi import Boris Kochkin dan Sergey Ivanov mampu melakukan kejutan.

T-Team

Jurulatih Ahmad Yunus mahu memperbaiki prestasi Penyu Muda selepas aksi kurang menyakinkan pada Liga Super. Zairo Anuar perancang utama menjadi sandaran kepada T-Team untuk membawa pulang tiga mata ke Kuantan bekalan selesa sainganseterusnya.


Sarawak lawan Selangor (Stadium Negeri)

Sarawak

 Jurulatih, Robert Alberts meletakan harapan kepada pemain berpengalaman  Ronny Harun dan  Bobby Gonzales (Sabah)  untuk memastikan Bujang Senang lebih garang pada saingan kali ini. Peledak depan,  Zamri Morshidi mempunyai tugas penting memastkan Selangor berputih mata.

Selangor

Pengendali, Irfan Bakti tanpa Kapten, Amri Yahya yang menjalani pengantungan tetap optimis bahawa The Red Gaints mampu membawa pulang tiga mata daripada Kuching dalam usaha merealisasikan Misi 33 musim ini.

Dua pertemuan terakhir

 

Selangor  0 – 0 Sarawak

Sarawak  0 – 1 Selangor

Prospek

Sarawak  0 – 2 Selangor