STADIUM Wembley, London bakal menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Euro 2020.

Presiden Uefa, Micheal Platini berminat untuk merevolusikan kejohanan itu dengan mengadakan perlawanan di beberapa buah negara Eropah dan bukan hanya satu atau dua buah negara sahaja seperti sebelum ini.

Platini difahamkan telah mengadakan rundingan dengan pengurus Persatuan Bola Sepak (FA), David Bernstein minggu lepas mengenai perlawanan separuh akhir dan akhir akan berlangsung di ibu kota Inggeris.

Perancis turut berminat untuk menjadi salah satu bandar bagi kejohanan akhir Euro, namun London mendapat satu kelebihan berikutan kejayaan dalam menganjurkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2011, Kejohanan Sukan Olimpik dan Paralimpik baru-baru ini. 

Turki juga berminat menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Euro 2020 berikutan Turki bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun yang sama. Namun semuanya bergantung kepada keputusan FA.

London telah berjaya menganjurkan perlawanan akhir Euro 2011 antara Manchester United dengan Barcelona.

Perlawanan akhir itu telah memberi pulangan sebanyak RM1631.38 juta.

Pihak FA telah bersetuju menetapkan sebanyak RM54.58 million bagi segala kos pentadbiran termasuk urusan sewa untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim depan.