KUALA LUMPUR - Sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sabtu ini, Seri Paduka hari ini berkenan menerima persembahan 25 kek daripada pelbagai pihak termasuk hotel.

Turut berangkat menyaksikan persembahan kek berkenaan di Dewan Santapan Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Seri Paduka berdua yang meluangkan masa kira-kira 30 minit tertarik dengan dekorasi pelbagai kek berkenaan termasuk kereta api antik seberat 20kg daripada The Zon Regency Hotel oleh The Sea Johor Baharu, dan kek berkonsepkan suasana perkampungan seberat 50kg daripada Hotel Maya Kuala Lumpur.

Turut mempersembahkan kek ialah One World Hotel Petaling Jaya, Berjaya Hotels & Resorts, Shangri-La Hotel, Hotel UiTM Shah Alam, Palace Of The Golden Horses, Vivatel Kuala Lumpur, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Parkroyal Kuala Lumpur, dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Hotel Istana Kuala Lumpur, Federal Hotels International, Royale Bintang Hotels & Resorts, YTL Hotels, Starwood Group, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Intercontinental Kuala Lumpur, Impiana KLCC Hotel dan Kuala Lumpur Convention Centre. 

Malaysia Airlines, Renaissance Kuala Lumpur, Grand Dorsett Subang, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan Grand Millennium Kuala Lumpur turut mempersembahkan kek.

Persembahan kek merupakan antara acara pada setiap sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.- Bernama