Interaktif - SMS
Kepada ATIN, NEGERI SEMBILAN, kita sebagai manusia usah mengadu domba sesama manusia. Lebih baik kita beramal untuk dunia dan akhirat. USOPNS, SEREMBAN
Kenapa ramai sangat anggota polis di Melaka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya? Harap Datuk Mazlan (Ketua Polis Negeri) melakukan sesuatu. RAKAN COP, MERLIMAU, MELAKA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu adil dalam setiap apa yang dilakukan. Tindakan dan siasatan perlu mengikut turutan tarikh ianya berlaku.MARHAEN, MELAKA
Martabatkan Bahasa Malaysia untuk bangsa kita, bangsa Melayu. Kenapa pengiat seni membantah keras sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah. Ini kerana, kita tidak mahu anak Melayu terus tercicir dan ketinggalan terutama sekolah di luar bandar. Kenapa kita harus mengagungkan bahasa asing. Apa kurangnya bahasa kita? Apakah dengan bahasa Melayu kita tidak boleh menakluk dunia? Kita tengok bangsa Jepun, Korea, Itali. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Oleh sebab itu, kita perlu menghayati kata-kata bahasa melambangkan bangsa. RAZAK, PORT DICKSON
Harga getah turun, hujan turun orang kampung sakit, kerajaan tolong lakukan sesuatu untuk nasib penoreh seperti kami. TUA, REMBAU
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), diharap dapat membaiki lampu dewan khususnya di Tanah Merah Jaya. Masalah tersebut lebih setahun diajukan ke bahagian jurutera, tetapi tiada tindakan susulan. Kini bilangan lampu rosak bertambah. PEMAIN BADMINTON VETERAN, BUKIT RAMBAI, MELAKA
Sekolah 2009 telah bermula dan pengambilan pelajar teknik sudah selesai, Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih tidak menghulurkan bantuan persekolahan. TUK MAHARAJALELA AZMAN, NEGERI SEMBILAN
Harap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pernu dapat membersih dan mencantikkan laluan masuk kawasan memancing Parit Singkat di Pernu, kawasan tersebut cantik kalau diwujudkan tempat rehat. Harap JKKK ambil perhatian sewajarnya kerana kawasan tersebut penuh semak. AZMAN, MELAKA
Diharap Ketua Menteri Melaka memberi perhatian terhadap prestasi kakitangan kerajaan kerana terdapat pegawai yang pencen diambil bekerja di bahagian pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pegawai itu, bukan buat kerja tetapi berniaga. ANAK JATI, MELAKA
Menyokong UMNO bererti kita menyokong rasuah dan pelbagai perkara yang tidak baik, selagi kuasa dan wang di dalam tangan selagi itu UMNO tidak berubah. Oleh itu, pada pilihan raya yang akan datang saya harap orang Melayu yang terlalu taksub dengan UMNO akan terbuka pintu hatinya untuk berubah. HATI PANAS, TTJ
Orang MCA bijak berpolitik, tempoh had dua penggal sahaja. Penggal pertama tolong rakyat. Penggal kedua buat harta. Bila bersara senang hati terima pencen. SHAM, MELAKA
Pakatan Rakyat (PR) dianggap gagal oleh Barisan Nasional (BN) untuk membasmi kemiskinan sedangkan belum sampai setahun berkuasa, selama 50 tahun BN memerintah adakah kemiskinan dapat dihapuskan? Oleh itu, saya cadangkan kepada kerajaan BN jika benar ingin menghapuskan kemiskinan beri sahaja RM1 juta, sebuah bunglo dan 10 ekar tanah kepada penduduk Malaysia yang miskin, Insya-Allah masalah ini akan selesai buat sementara waktu kerana kemiskinan tidak akan dapat dihapuskan sama sekali selagi manusia masih bernyawa. KAYA IMAN, SENAWANG
Kepada pihak berkenaan yang bertangungjawab terhadap kegiatan ceti haram dan perjudian di Melaka khususnya di kawasan Bunga Raya Pantai tolong tinjau dan perhatikan kegiatan judi di kawasan belakang panggung wayang lama, sudah macam kasino terbuka mengalahkan Genting Highland. MANGSA KEADAAN, BUNGA RAYA PANTAI, MELAKA
Saya bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana rakyatnya prihatin akan nasib rakyat Palestin. Pelbagai kaedah untuk kumpul dana sehingga jutaan ringgit, tetapi kenapa tidak buat demikian untuk rakyat sendiri yang miskin, saban hari keluar dalam akhbar perlukan bantuan. Harap pihak bertanggungjawab dapat mencari mereka ke pelusuk ceruk tanpa ada perbezaan politik. JAAMAT BAHAROM, MERLIMAU, MELAKA
Talian telefon masih tiada di Kampung Inas, Johol, Negeri Sembilan. Harap pihak berkenaan prihatin akan nasib kami di sini. ZULAIKA MOHAMAD, KAMPUNG INAS, JOHOL, NEGERI SEMBILAN
Sakit mata apabila melihat bas mini hijau, selalu diletakkan di pasar awam Rembau. Keadaan ini menyukarkan orang awam. Bagaimana Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) luluskan permit tanpa periksa tempat parking? harap Majlis Perbandaran Rembau (MPR) ambil tindakan sewajarnya. ANAK JATI, REMBAU
Saya ingin membuat teguran tentang kedai buku di sekolah anak saya, bolehkah kedai buku di dalam sekolah menjual pelbagai alatan permainan? Pada saya tidak seharusnya dijual di kawasan sekolah. Setiap hari saya lihat anak saya bawa balik pelbagai permainan menjadikan duit saku anak saya habis untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Diharap pihak sekolah membuat pemantauan. IBU KESAL BUKIT RAMBAI
Kecewa dengan sikap pelayan sesetengah restoran dan gerai makan yang masam muka ketika mengambil tempahan, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya. Harap pemilik kedai makan lebih prihatin agar perkara seumpama ini tidak berlaku. SHAH, MELAKA
Pemimpin kita berikrar akan membela nasib belia, tetapi malangnya selepas pilihan raya senyap tanpa sebarang tindakan susulan. :BELIA MALANG, NEGERI SEMBILAN
Ahli JKKK Kampung Selandar tidak peka dengan rungutan penduduk kampung Lot 26. Minta lampu jalan disalahkan pula pemilik tanah. MUHAMAD ANOI, KAMPUNG SELANDAR, MELAKA
Kecewa dengan JKKK Selandar kerana melepaskan kelemahan mentadbirkan kampung dengan menyalahkan pemilik tanah untuk membersihkan kawasan belukar di tanah Lot 26 jalan Selandar-Batang Melaka. Sepatutnya selesaikan dengan peruntukan yang ada. Bukan dengan membalas dendam ke atas kesilapan sendiri. HASNOL, KAMPUNG SELANDAR
Mengapa buku jadual kedatangan yang digunakan guru di sekolah rendah untuk mengambil kedatangan dan mengisi maklumat murid masih tidak berubah. Bukunya tetap sama seperti 20 tahun lalu. Ruangan untuk nama murid, nombor telefon dan alamat sangat terhad sedangkan nama murid kebanyakannya panjang begitu juga nombor telefon dan alamat. Harap jabatan pelajaran, majlis guru besar dan syarikat percetakan lebih peka tentang perkara ini. Jangan menyukarkan kerja guru. Tolong ada perubahan. GURU KECIL, MELAKA





