Pengunjung : 9564 Selasa 16-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Penagih arak tegar cemar Felda Jelai 1: Penagih arak tegar cemar Felda Jelai 1:

:

:GEMAS – :Felda yang diilhamkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein seakan-akan dirosakkan segelintir warganya di Felda Jelai 1, di sini, yang tanpa segan silu meminum arak.

:Tambah menyedihkan, masalah penagihan arak haram ini dialami masyarakat pelbagai lapisan umur merangkumi remaja belasan tahun, dewasa dan warga emas yang meminumnya di khalayak ramai.

:Umat Islam diharamkan meminum arak, namun lain pula di kawasan ini apabila segelintir warganya seolah-olah tidak menghiraukan ketetapan hukum yang sudah ditetapkan Allah SWT.

:Sinar Harian difahamkan, arak haram ini mudah didapati selain kadar harga yang murah dan dijual peneroka berbangsa India dan Cina sekali gus menjadikan ia bagaikan barangan runcit harian yang diperlukan segelintir warga Felda Jelai 1.

:

Penduduk tidak selesa

:

:Masalah penagihan arak yang sudah berlaku sejak 1980-an di Felda Jelai 1 menimbulkan rasa bimbang dan tidak selesa berikutan minuman keras ini mudah didapati sehingga menyebabkan terdapat lebih lima ‘port’ ditemui untuk berpesta arak.

:Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, kelmarin, mendapati ‘port’ di sekitar Felda terbabit dicemari dengan timbunan botol kosong arak pelbagai jenis di samping sampah bertaburan yang dihurung lalat.

:Pertemuan dengan anak peneroka yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawan:gan Felda Jelai 1, Fandi Shahidan Abdul Rahman berkata, beliau kerap :kali terserempak dengan beberapa individu berusia belasan sehingga puluhan tahun minum arak secara terbuka.

:Menurutnya, beberapa lokasi dijadikan tempat melepaskan gian minum arak bersama kumpulan masing-masing tanpa rasa segan-silu kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan terbabit.

:“Sebagai anak peneroka di Felda ini, saya berasa kesal kerana kawasan ini dicemari penduduk setempat yang minum minuman keras walaupun mengetahui ia haram di sisi Islam.

:“Agak memalukan ia diminum secara terbuka di khalayak ramai tanpa rasa malu yang membabitkan masyarakat pelbagai lapisan umur meliputi generasi muda hingga golongan warga emas seakan ketagihan dengan minuman keras berkenaan sekali gus menjejaskan imej Felda,” katanya.

:Fandi Shahidan berkata, tindakan mengambil minuman keras itu tidak hanya berlaku pada sebelah malam sahaja, malah waktu siang sekali gus mencacatkan pemandangan sekiranya terdapat ‘orang luar’ yang datang.

:Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab peneroka yang menjalankan perniagaan runcit di Felda itu yang menjual arak murah lingkungan harga RM5 hingga RM7 menjadikan minuman keras berkenaan mudah diperolehi.

:“Permasalahan ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Saya banyak kali bertemu dengan golongan tidak bertanggungjawab ini minum arak secara berlebihan dan membiarkan sahaja botol bertaburan sehingga bertimbun.

:“Masalah ketagihan arak haram ini mampu diatasi sekiranya pihak bertanggungjawab dan berkuasa mengambil tindakan drastik ke atas sebuah kedai runcit yang beroperasi menjual minuman keras ini secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang minta,” katanya.

:

Usaha atasi masalah gagal

:

:Fandi Shahidan berkata, Pemuda UMNO Cawangan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Felda Jelai 1 sudah melakukan pelbagai usaha bagi menyelesaikan permasalahan itu, namun, sehingga kini ia masih gagal dibanteras.

:Menurutnya, kekotoran daripada timbunan botol arak di beberapa ‘port’ sudah beberapa kali dibersihkan, malah, isu itu sudah dibangkitkan dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Rancangan (JKKR) dan pentadbiran Felda.

:“Atas kesedaran dan tanggungjawab sosial, Pergerakan Pemuda :UMNO cawangan bersama Pertubuhan Belia Felda Jelai 1 sudah melaksanakan beberapa usaha seperti mengajak generasi muda terbabit dengan permasalahan ini menyertai kami.

:“Usaha ini dilakukan supaya generasi muda yang terbabit gejala ini dapat dihindarkan melalui pengisian program berbentuk kepimpinan dan ia berjaya.

:“Namun, usaha ini hanya seketika kerana wujud barisan pelapis dalam masalah ini,” katanya.

:Menurutnya, pihaknya kerap kali membersihkan ‘port’ penagihan arak haram ini sebagai lang:kah membersihkan imej Felda dan :masalah juga sudah diajukan ke:pada kepimpinan peringkat JKKR dan Felda, namun, sehingga ke hari ini, ia masih berlarutan tanpa penguatkuasaan.

:Sementara itu, Pengerusi Belia Felda Jelai 1, Jefri Jalaluddin ketika ditemui memohon pihak bertanggungjawab dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas individu yang menjual dan kumpulan terbabit kerana keadaan mampu bertukar menjadi lebih parah sekiranya tiada penguatkuasaan dibuat.

:

Ketagih bawa maut

:

:Menurutnya, pelbagai permasalahan boleh berlaku sekiranya penagihan arak haram ini tidak dibendung seperti gejala sosial generasi muda Felda atau pergaduhan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.

:“Barisan kepimpinan peringkat kampung, Dewan Undangan Negeri (DUN), daerah mahupun negeri perlu mengambil tindakan segera dengan membuat pemantauan di lokasi terbabit secara kerap kerana saya tidak mahu lebih ramai penduduk kampung rosak dengan benda haram ini.

:“Agak menyedihkan, ada antara mereka yang meninggal dunia dipercayai akibat arak haram ini kerana kandungan alkoholnya yang tinggi berbahaya kepada organ dalaman,” katanya.

:Jefri berkata, beliau tidak mahu penduduk dan Felda ini dikenali sebagai ‘kawasan hitam’ kerana gejala sosialnya atau kes jenayah berat yang berpunca sikap hilang pertimbangan akibat mabuk minum arak haram ini.