600 keturunan Mohd Shah berkumpul
![]() Perhimpunan itu melakar kenangan manis kepada seluruh ahli keluarga besar terbabit yang berjaya mengumpulkan 600 ahli keluarga melibatkan enam generasi Mohd Shah. Pengerusinya, Mokhtar Harun 67, berkata, perjumpaan kali pertama diadakan pada tahun 2007 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. “Semuanya bermula pada 2007 ketika kunju-ngan saya ke majlis perkahwinan ahli keluarga terdekat. Pada majlis itu saya mendapati ada yang saya tidak berapa kenal dan langsung tidak pernah bertemu. Pertemuan itu membuatkan saya berfikir alangkah eloknya jika diadakan majlis perjumpaan keluarga setiap dua tahun sekali untuk memberi peluang kepada semua saling kenal mengenali antara satu sa-ma lain,” katanya ketika ditemui di lokasi perjumpaan di rumah seorang ahli ke-luarga terbabit di Kampung Pulau, Labu di sini. Menurutnya, hasrat me-ngumpulkan seluruh ahli keluarga sudah lama kerana ingin memastikan hubungan kekeluargaan itu tetap utuh sekalipun kebanyakannya tinggal di merata tempat. “Namun, atas sokongan dan kerjasama ahli keluarga lain, akhirnya perjumpaan ini dapat diadakan dengan menggunakan kos RM30,000 apabila setiap keluarga menyumbang RM1,500,” katanya. Sempena Hari Raya Aidiladha kali ini, lima ekor lembu dikorbankan. Bercerita mengenai Allahyarham Mohd Shah Tengku Salleh berkata, arwah cukup dikenali suatu ketika dahulu dan mempunyai enam anak, dua perempuan dan empat lelaki. Mokhtar berkata, dia adalah generasi keempat keturunan keluarga Mohd Shah dengan ahli keluarga tertua hadir berusia 82 tahun ialah generasi ketiga keluarga berkenaan. Asiah Mohd Sidi, 82, berkata, dia bersyukur dalam usia semakin meningkat, dia dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarganya sekalipun ada antaranya tidak dikenali. “Bagi saya, perhimpunan ini penting untuk merapatkan hubungan persaudaraan di samping berkenalan sesama mereka. Antara aktiviti diadakan sepanjang majlis, khatam al-Quran, berzanji, marhaban, cukur jambul, bacaan Yasin, doa selamat dan tahlil dan menziarahi tanah perkuburan Mohd Shah dan keluarganya di Tapak Perkuburan Bukit Buak. Menariknya, setiap generasi diminta memakai pakaian mengikut warna ditetapkan untuk memu-dahkan ruang perkenalan antara satu sama lain. |
Lain-lain Artikel:-
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka





