Warga emas hilang ditemui mati di ladang kelapa sawit
![]() Mayat Abdul Ghani Gadoh, 83, ditemui 1.5 kilometer dari rumahnya, kira-kira 3.45 petang semalam oleh orang kampung yang sedang mencarinya di situ. Difahamkan, kawasan itu menjadi ‘tempat tinggalnya’ sejak kehilangannya Khamis sehingga hari ini (semalam). Anak bongsunya, Saripah Abdul Ghani berkata, dia tidak menyangka menyambut kepulangan ayah dalam keadaan tidak bernyawa. “Saya sedih kerana tidak dapat menemani ayah di saat-saat akhirnya. Namun saya reda dengan ketentuan Allah. Saya tetap bersyukur kerana masih dapat melihat wajahnya buat kali terakhir walaupun dalam keadaan menyedihkan. “Daripada saya tidak tahu ke mana ayah pergi, lebih baik saya menerimanya dalam keadaan seperti ini. Sekurang-kurangnya saya dan ahli keluarga dapat berjumpanya buat kali terakhir dan sendiri mengebumikan mayatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini. Katanya, Allahyarham akan dikebumikan pada malam ini (semalam) selepas solat Maghrib dan berharap semoga rohnya dicucuri rahmat. Sementara itu, Saripah berterima kasih kepada penduduk kampung yang membantu mencari Allahyarham selama ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Maah Talib, 80an dan tiga anak. Sinar Harian semalam menyiarkan laporan kehilangan Abdul Ghani. Menurut sumber polis, tiada unsur-unsur jenayah didapati dan kematian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mati mengejut. |
Lain-lain Artikel:-
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka





