Botol, tin arak cemari padang permainan
![]() Seorang penduduk, :Othman Yem, 59, memberitahu, kejadian ini sudah agak lama berlaku tetapi masih tiada sebarang tindakan diambil. Menurutnya, bekas minuman keras yang ditemui di salah sebuah pondok yang terdapat di taman ini perlu mendapat perhatian serius daripada pihak yang bertanggungjawab. “Sememangnya negara ini mengamalkan amalan demokrasi di mana setiap masyarakat mempunyai hak masing-masing untuk melakukan sesuatu tetapi apabila ia sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dengan penemuan botol dan bekas minuman keras di kawasan awam, pastinya ia mengundang rasa kecewa penduduk. "Kawasan padang permainan ini disediakan bagi kemudahan masyarakat dan penduduk taman ini menjalankan aktiviti riadah, bukan sebagai lokasi melepak golongan tertentu,” katanya. menunjukkan ia dilakukan oleh golongan masyarakat yang sememangnya tidak bertanggungjawabd alam menjaga kebersihan kawasan awam daripada perkara terbabit. Tinjauan Sinar Harian di padang berkenaan juga mendapati setiap tong sampah yang disediakan di padang berkenaan dipenuhi dengan sampah yang kelihatan sudah lama tidak dikutip. Menurut Othman, kawasan padang permainan ini menjadi lokasi lepak segelintir golongan masyarakat sambil meminum minuman keras dan bekas-bekas minuman ditinggalkan begitu sahaja tanpa dibuang di tempat pembuangan yang disediakan. “Kaca-kaca yang terdapat di pondok ini adalah bekas-bekas botol kaca yang dipecahkan oleh peminumnya dan boleh membahyakan kanak-kanak yang bermain di sini. “Ia juga boleh menjadi contoh tidak baik kepada kanak-kanak di kawasan perumahan ini apabila melihat botol-botol minuman keras yang disepahkan sedangkan ia bukanlah minuman yang halal bagi kanak-kanak beragama Islam,” ujarnya. Othman memohon kepada mana-mana pihak yang berwajib supaya bertindak mengatasi keadaan itu. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun





