Ibu tunggal jaga emak terlantar
![]() LENGGENG - Biar diri serba kekurangan, namun ia bukan penghalang bagi Raesan Khatib, 58, untuk menjaga ibunya yang terlantar sejak enam tahun lalu dan tidak berkeupayaan menguruskan diri sendiri. Agak terkilan dengan sikap adik beradik yang menyerahkan segala tanggungjawab kepadanya, namun sebagai anak sulung selagi terdaya dia tetap tabah dan bersedia memikul tanggungjawab itu. Raesan berkata, mujur anaknya yang tinggal bersama ringan tulang menghulurkan bantuan biarpun kadang-kala terdengar ru-ngutan kerana mereka kasihankan dirinya. “Saya faham jika anak-anak bising kerana saya sahaja menjaga nenek mereka sedangkan mempunyai lima adik beradik lain. “Bukan tidak pernah merungut, namun selagi sihat, saya tidak akan membiarkan dia begitu sahaja,” katanya. Raesan berkata, memandangkan usianya makin lanjut, mana mungkin mampu berterusan menjaga ibunya seorang diri yang mana setiap hari perlu mengangkat emaknya ke bilik air. Menurutnya, mujurlah ibunya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang munkin akan menambah beban. “Inilah perkara yang berlaku macam orang tua selalu kata, emak seorang dapat menjaga anak ramai, tapi seorang emak belun tentu dijaga anak yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Machang Hulu. Sementara itu anak Raesan juga ibu tunggal, Norrelawati Mat Nor, 33, mempunyai seorang anak berusia lima tahun akur dengan dugaan menimpa diri, namun bersyukur kerana masih mempunyai emak untuk dijadikan tempat mengadu. “Mujurlah saya tinggal dengan emak, jadi tidaklah berat sangat beban yang terpaksa ditanggung dengan pendapatan pula tidak seberapa,” katanya. Menurutnya, dia agak kesal dengan sikap bapa dan ibu saudara yang sukar memikul tanggungjawab bersama menjaga nenek yang terlantar. Dalam pada itu Penge-rusi Jawatankuasa Kema-juan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lenggeng, Bustami Abu ketika ditemui di rumah Raesan berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan masing-masing belum menerima sebarang bantuan kerana tidak pernah membuat permohonan. “Saya akan cuba dapatkan bantuan ibu tunggal untuk Norrelawati dan bantuan warga emas terlantar bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya. Menurutnya, dalam tempoh beberapa bulan dilantik sebagai pengerusi JKKK, dia kecewa apabila mengetahui banyak kes di kawasan tersebut, terdapat anak membiarkan orang tua masing-masing dan lebih menyedihkan apabila ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara





