Loya bau busuk longkang tersumbat
![]() Maria berkata, kebiasaannya dia akan keluar rumah sekitar jam tujuh pagi dan hanya akan pulang tiga atau empat jam selepas itu. Ini berikutan kedudukan rumah rumahnya berhampiran longkang yang menjadi menjadi pusat pengumpulan air untuk kegunaan harian penghuni Rumah Rakyat Linggi peringkat kedua sebelum ke saluran utama. “Saya terpaksa keluar rumah pada waktu pagi berjam-jam lamanya kerana tidak tahan bau busuk air longkang terutama pada sebelah pagi, lebih-lebih lagi saya menghidap penyakit asma. “Kebiasaannya saya akan ke kedai berhampiran untuk membaca surat khabar dan berborak dengan pemilik kedai berkenaan bagi menunggu bau tersebut berkurangan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya. Upah jiran bersih rumah akibat banjir Maria yang tinggal bersama suami, Sulaiman Abu Bakar, 76, turut menghadapi masalah banjir setiap kali hujan lebat. Menurutnya, bulan ini sahaja sudah dua kali rumah dimasuki air, lebih teruk, air yang masuk itu adalah air longkang yang kotor berwarna hitam dan berbau. “Walaupun kawasan rumah ini telah dibina tembok kecil tetapi pengaliran air yang melalui longkang ini tidak dapat mengelak daripada masuk ke rumah. “Selalunya saya dan suami akan mengupah penduduk di sini untuk membersihkan kawasan rumah yang dimasuki air kerana sudah tidak larat membasuh kotoran banjir air longkang itu,” katanya. Runtuhkan tebing, besarkan longkang Sementara itu Sulaiman berkata, sejak enam tahun lalu mendiami rumah itu, sudah berkali rumahnya dimasuki air ketika hujan lebat dan terpaksa mengupah orang untuk membersihkan. Katanya, aduan telah banyak kali dilakukan, malah sehingga ke peringkat atasan tetapi tiada sebarang perubahan. “Pernah juga tindakan diambil membesarkan longkang yang berada di belakang rumah saya tetapi ia bukan satu jalan penyelesaian terbaik kerana masalah tetap berlaku. “Masalah ini mungkin berpunca daripada masalah sistem longkang yang tidak lancar dan ada sesetengah penduduk menutup secara kekal permukaan longkang di kawasan rumah mereka, malah tidak membersih dan menyelenggara longkang itu dengan baik,” katanya. Menurutnya, tidak ada gunanya jika tiada kerjasama dan hanya beberapa buah rumah yang mengambil berat tentang kebersihan longkang mereka. “Sikap penduduk tidak mengendahkan keadaan longkang kawasan rumah mereka menyebabkan masalah ini timbul, malah longkang di sini tidak pernah kering walaupun bukan pada musim hujan,” katanya. Sulaiman berkata, kedudukan rumahnya yang berada di bawah bukit menjadi antara faktor ia mudah dimasuki air, sementara rumah yang berada di bahagian atas pula tidak dilengkapi dengan sistem longkang. Justeru, apabila hujan, air daripada bumbung rumah mereka akan mengalir ke bawah bukit dan berkumpul di rumahnya. “Saya sanggup sekiranya kawasan tebing rumah dirobohkan supaya pihak bertanggungjawab membina longkang memandangkan kami terpaksa berhadapan dengan bau busuk yang berpanja-ngan sehingga mengundang kehadi-ran lalat. “Ada penduduk lain turut mengalami nasib yang sama, sehingga terpaksa membuat pengadang untuk mengelakkan air longkang terus masuk ke rumah,” katanya. Mohon jalan penyelesaian segera “Saya amat berharap agar akan ada jalan penyelesaian yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang dengan membesarkan longkang. “Longkang di kawasan rumah rakyat ini kecil dan tidak mampu untuk menampung jumlah air yang mengalir terutama ketika hujan lebat. “Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini, mohon penger�tian semua pihak untuk bekerjasama menyelesaikan masalah ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya





