Penduduk dakwa longkang punca banjir
![]() Menurutnya, kawasan rumahnya itu tidak pernah dilanda banjir sejak dia mula menginap di situ, namun perkara tersebut berlaku selepas diadakan satu longkang kecil sepanjang 100 meter yang disambungkan ke longkang di hadapan kawasan rumahnya. Katanya, walaupun longkang itu sama-sama melalui longkang besar tetapi ia tetap bermasalah kerana dipenuhi pelbagai jenis rumput dan lalang. “Semasa kejadian saya terpaksa menghalang air banjir daripada masuk ke rumah dengan menolaknya menggunakan penyapu dan kayu. “Mujur barang-barang sempat diselamatkan dan ada antaranya berada di tempat tinggi, yang rosak hanya sebuah pembesar suara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sementara menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin, pihaknya telah berbincang dengan kontraktor yang menjalankan projek pembinaan rumah kedai untuk menutup longkang tersebut. “Khidmat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) juga telah dimohon untuk membersihkan kawasan longkang ini,” katanya. Ean Yong menambah, pihaknya juga telah membuat aduan kepada MPPD berkenaan longgo-kan tanah yang terdapat di Taman Kota Lukut sehingga menghalang kelancaran laluan air semasa hujan. Sementara seorang penduduk, M Rageswary, 36, berkata, rumahnya memang sering dilanda banjir apabila hujan. Menurutnya, boleh dikatakan setiap berlakunya hujan, rumah akan dimasuki air dan yang terbaru Isnin lalu. “Kekerapan kejadian banjir sehingga menyebabkan anak sulung saya yang berusia 11 tahun trauma. “Justeru, apabila berlaku sahaja hujan saya akan berjaga-jaga dan sudah letih menghadapi keadaan seperti ini,” katanya yang tinggal bersama tiga anak. Sementara menurut seorang lagi penduduk, Chan Amoi, 60, dia terpaksa membuat penghalang menggunakan papan di pintu hadapan rumahnya bagi mengelakkan banjir memasuki rumah. “Di halaman rumah juga kami adakan benteng berbentuk bonggol menggunakan simen bagi menangani masalah ini, namun apabila hujan lebat, air tetap masuk ke kawasan rumah. “Agak sukar juga untuk membersihkan rumah yang dimasuki air banjir memandangkan saya mempunyai seorang anak orang kelainan upaya (OKU). Dia tidak boleh berjalan dan perlu diangkat untuk bergerak,” katanya. Apabila ditanya sama ada anaknya itu memperoleh bantuan daripada mana-mana badan kebajikan, Chan Amoi menjawab tidak. “Saya pernah memohon setahun lalu, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun





