Penduduk tidak tahan
bau busuk, bunyi bising
![]() Penduduk, Redzuan Ishak,40, berkata, selain masalah bau, suasana bising turut dirasai kerana pekerja memunggah barang sejak awal pagi hingga larut malam. Menurutnya, situasi itu mendatangkan keti-dakselesaan dan mengganggu ketenteraman penduduk terutama bagi penghuni berdekatan yang jarak antara pasar raya dan rumah beberapa meter sahaja. “Selepas jam 10 malam keadaan semakin bising kerana pekerja menarik peti ikan dan mengemas barang. Tidur terganggu apatah lagi jika memiliki anak kecil pastinya mereka tidak boleh tidur lena. “Bukan itu sahaja, penyebab bising, apabila lori menghantar barang ke belakang pasar raya mereka akan membunyikan hon beberapa kali sehingga membingitkan telinga. Siang malam terpaksa melalui situasi seperti ini,” katanya ketika ditemui di Taman Datuk Lela Maharaja. Redzuan berkata, keadaan kotor turut mengundang lalat sehingga dia tidak pernah membuka tingkap dan pintu belakang rumah untuk mengelakkan dimasuki lalat. “Lalat banyak tentunya mengundang risiko dan membahayakan kesihatan penduduk. “Kita mahu elakkan perkara buruk berlaku. Jika perkara ini dibiarkan, dikhuatiri menyebabkan banyak masalah timbul,” katanya. Selain itu, proses pembersihan dilakukan bagai melepaskan batuk di tangga, air busuk mengalir ke longkang bersama kotoran sehingga menyebabkan longkang tersumbat dan menyemarakkan bau busuk di persekitaran rumah penduduk berhampiran. “Sepatutnya mereka harus teliti dalam melakukan kerja pembersihan apatah lagi rumah penduduk begitu hampir. Aspek kebersihan perlu diutamakan kerana penduduk perlu menanggung risiko akibat sikap kurang bertanggungjawab ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina
Enam sekeluarga rentung
Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes
Medan Pas dakwah UMNO
Nik Aziz perlu lebih istiqamah: Reezal
UMNO perlu berhati-hati ajakan pembangkang: Ahmad Zahid
Kerajaan akan aplikasi dasar Tenaga Hijau
“Rakyat kena akur” : Rais
Majikan tunjuk komitmen banteras Pati: Hishammuddin
SPRM tubuh unit khas siasat kes profil tinggi
Remaja didakwa bunuh bapa
Tiga penjawat awam didakwa
Konvoi ILuvIslam mula dekati pembaca IPT
Ketagihan seks jadi punca: Pakar
Penjawat awam perlu bijak manfaat laman sosial
Peratus majikan tidak mencarum menurun





