• Mayat budak lemas mandi parit ditemui Mayat mangsa ditemui, semalam.
1 /

SHAH ALAM – Mayat dua kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai lemas ketika mandi di parit belakang Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jalan SP 1, Subang Perdana kelmarin, ditemui semalam.

Mayat Mohd Safit Johan ditemui kira-kira jam 5.30 pagi dan mayat J Eshwaran, jam 6.45 pagi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, operasi menyelamat disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik serta enam skuad skuba bomba Shah Alam.

Kedua kanak-kanak itu dikatakan mandi di situ bersama seorang lagi rakan, tetapi rakan itu pulang sebelum kejadian.

“Mereka dipercayai mandi di tempat agak dalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.