KEMALANGAN dijalan raya tidak mengira masa dan tempat, tidak kira sama ada destinasi anda jauh mahupun dekat, aspek keselamatan perlu diutamakan.

Minggu ini ruangan Tips Pengguna ingin berkongsi panduan keselamatan yang perlu diberikan perhatian kepada semua pemandu kenderaan.

Sebelum Memandu

    •    Pastikan kenderaan berada dlm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan perkara berikut enjin, brek, lampu depan dan belakang, pengelap cermin, tekanan angin tayar / tayar simpanan dan minyak petrol yang mencukupi berfungsi dan berada dalam keadaan baik dan selamat.

    •    Rehat yang mencukupi

    •    Jangan mengambil sebarang minuman yg mengandungi alkohol atau ubat yang boleh mendatangkan kesan mengantuk

    •    Pastikan berada dalam kedudukan yang selesa dengan menyelaraskan tempat duduk, membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi serta memakai tali pinggang kaledar.

Semasa Memandu

    •    Mematuhi had laju yang ditetapkan

    •    Patuhi semua tanda isyarat yg dipamerkan di lebuhraya

    •    Pandu di lorong yg bersesuaian dengan kelajuan kenderaan iaitu lorong kiri (memandu perlahan), lorong tengah (memandu laju) dan lorong kanan (memotong)

    •    Sentiasa memandu di lorong sebelah kiri kecuali ketika memotong

    •    Awasi kenderaan yang keluar dari hentian sebelah atau yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan bertingkat

    •    Gunakan gear yang sesuai terutama ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit

    •    Ekori kenderaan lain dalam jarak yang selamat.

    •    Dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan memotong atau tempat berehat

    •    Berhati-hati terhadap kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan dan pemandu motosikal yang berhenti di bawah jambatan ketika hari hujan

    •    Gunakan isyarat lampu tinggi jika mahu memotong kenderaan yg berada di hadapan

    •    Jangan makan, minum atau menggunakan telefon bimbit ( tanpa hand free ) ketika memandu

    •    Jangan memandu ketika keletihan dan mengantuk, elakkan memandu berterusan melebihi dua jam

    •    Berhentikan kenderaan anda di kawasan rehat yang disediakan selepas setiap 2 jam perjalanan.

    •    Berhati-hati ketika memandu semasa hari hujan, kabus, waktu malam dan keadaan permukaaan jalan yang licin dan tidak rata.

    •    Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yang sesuai. Jangan sekali-kali menukar lorong di saat-saat akhir

Cara terbaik memandu di lebuh raya

    •    Pemandu-pemandu yang memandu secara perlahan dan kenderaan berat hendaklah sentiasa memandu di lorong sebelah kiri bagi membolehkan kenderaan yang laju memotong dengan mudah di sebelah kanan

    •    Tentukan anda telah mengekori kenderaan di jarak yang selamat.

    •    Perhatikan kenderaan di belakang anda sebelum menukar lorong.

    •    Berikan isyarat sebelum menukar lorong

    •    Tambah kelajuan kenderaan anda semasa memotong

    •    Berikan isyarat jika anda bercadang untuk memasuki lorong yang betul

    •    Selepas memotong, padamkan lampu isyarat dan masuk ke lorong yang betul secepat mungkin.

    •    Bergeraklah dengan kelajuan yang dibenarkan selepas anda melintasi kenderaan yang dipotong.

Kerosakan kenderaan

    •    Berhenti di lorong kecemasan, nyalakan lampu kecemasan

    •    Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang

    •    Letakkan tanda isyarat segi tiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang-kurangnya 15 meter di belakang kenderaan yang rosak

    •    Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik untuk bantuan kerosakan atau tunda kenderaan

    •    Sebaik-baiknya berhenti di tempat yang terang jika berlaku kerosakan pada waktu malam.

Kemalangan

    •    Berhenti di lorong kecemasan sekiranya boleh

    •    Hubungi pihak polis ( 999 ) ,ambulan ( 999 ) atau peronda lebuhraya untuk bantuan kecemasan.

    •    Beri maklumat kepada pihak polis apabila diminta

    •    Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam

Sumber : http://cetusan-student.blogspot.my