BUAT mereka yang sering mengikuti perkembangan fesyen streetwear Pipi Razi di sosial media mungkin menjadikan dia sebagai rujukan dalam stail pemakaian harian.

2018 pastinya kita dahagakan nafas baru yang lebih ‘gila’ demi menginjak personaliti, ikuti apakah trend menarik yang pasti mengubah personaliti anda menjadi lebih energetik!

Mengapa lelaki di Malaysia takut untuk mengikut trend?

Mungkin kerana negara kita sendiri penuh dengan adat ketimuran, sangat konservatif dan modesty. Selain kurangnya pendedahan mengenai trend dan gaya yang bersesuaian dengan corak kehidupan seseorang.

Trend  2018

Mixing tailoring with sportswear. Suits, blazers, and tailored trousers were combined with bombers, track bottoms, hoodies and aloha shirts.

Instagram fashion yang sering menjadi rujukan anda?

@isnathan

@leon3scott

Tiga item lelaki wajib ada di dalam almari mereka?

Tshirt putih, denim, sneakers putih

Pereka yang anda kagumi?

Zakwan Anuar, Hatta Dolmat, Alessandro Michelle (gucci), Demna Gvasalia ( Balenciaga) dan Kris Van Assche (Dior Homme)

Apa yang anda tidak mahu lihat lagi di dalam gaya harian lelaki?

Clutch clutch and clutch! Instead switch to Fanny  pack, nampak lebih cool and maskulin!

Falsafah gaya anda?

U can buy fashion, but u can't buy style.

Nasihat anda?

Mulakan mengikut keperluan anda terlebih dahulu, create your own wardrobe daripada helaian asas. Sekurangnya anda perlu ada jaket kulit dan bomber untuk nampak lebih stailo.

Ciri-ciri seorang influencer?

1. Anda perlu ada subjek fokus, apa yang anda benar-benar minat, pilih satu yang benar-benar kuat contoh, gaya hidup lasak, memasak atau anda seorang yang gemarkan fesyen lelaki.

2. Cuba cipta identiti agar orang faham apa yang anda mahu sampaikan.

3. Influencer juga merupakan profesion , tidak kira ia dilakukan separuh masa sekalipun, ia harus dilakukan secara profesional, jika sambil lewa itu menunjukkan anda belum lagi bersedia.

4. Anda adalah orang yang mengatur input, anda perlu memberi inspirasi serta ia perlu sentiasa berkembang, kerana orang inginkan suatu yang baru.

Kekerapan anda post di sosial media?

Mungkin dalam tiga hingga lima kali seminggu, bergantung pada pengisian yang saya nak sampaikan.

Sosial media bagi anda?

Saya menjadi diri saya sendiri, saya hanya akan memaparkan apa yang sesuai dengan pembawaan diri. Instagram adalah portfolio saya, jadi saya akan kawal dan hanya paparkan apa yang tepat untuk pengikut saya tahu. Fesyen dan segala yang berkaitan dengan fitness, tidak pernah terlalu mencuba. Asalkan pengikut dan klien suka, itu sudah memadai.