KEPERLUAN makanan kita bukan lagi hanya untuk menghindarkan kelaparan fizikal. Keperluan makanan kita telah berubah, selaras dengan kemajuan umat manusia.

Kita tidak lagi makan untuk mengurangkan kelaparan fizikal – ramai antara kita menggunakan makanan untuk membantu menangani tekanan atau emosi dan situasi yang tidak menyenangkan.

Hubungan antara pengambilan makanan kita dan emosi kita dijelaskan oleh talian komunikasi terus yang terdapat antara otak dan saluran gastrousus.

Saluran gastrousus dalam perut dan sistem penghadaman kita menyerap nutrien dan air daripada makanan untuk menjaga kesihatan badan kita.

Bagaimanapun, sistem penghadaman kita bukan sekadar menghadam makanan. Malah, sistem penghadaman kita menempatkan dan mengeluarkan kebanyakan serotonin, iaitu bahan kimia yang mempengaruhi emosi kita.

Apakah serotonin?

Serotonin ialah bahan kimia yang kebanyakannya ditempatkan dan dikeluarkan dalam sistem penghadaman oleh sel-sel saraf, dan mempengaruhi setiap bahagian badan kita, termasuk kemahiran motor, selera makan, tidur dan emosi kita.

Bahan kimia ini yang berfungsi sebagai neurotransmiter mencetuskan ‘perasaan baik’ kita, dan menghantar isyarat berulang-alik seperti bola kimia antara sel-sel saraf sebagai satu cara komunikasi antara otak dan sistem penghadaman.

Jumlah serotonin yang secukupnya dalam badan kita boleh memberikan perasaan yang tenang dan positif.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pengeluaran serotonin badan kita bergantung pada mikrobiota yang terdapat dalam sistem penghadaman kita. Mikrobiota akan berinteraksi dan merangsang sel-sel badan kita untuk mengeluarkan bahan kimia yang mengawal perasaan ini.

Memahami ekosistem bakteria dalam usus kita

Sewaktu dilahirkan, sistem penghadaman kita dalam keadaan yang steril. Lama-kelamaan, sistem penghadaman kita akan dihuni oleh pelbagai jenis spesies bakteria.

Secara purata, seorang individu biasanya membawa lebih kurang 100 trilion bakteria dalam badannya, dan terdapat 10 kali ganda lebih banyak sel mikrob dalam badan kita daripada sel manusia.

Kumpulan mikro organisma ini akan bersatu dan membentuk ekosistem dikenali sebagai mikrobiota, yang membantu menguraikan nutrien dalam makanan kita, mengajar sistem imun kita untuk mengenali musuh dan penjangkit, dan mengeluarkan bahan kimia yang menentukan emosi kita.

Bagaimana sistem penghadaman mempengaruhi mood kita?

Sememangnya sukar untuk mempercayai bahawa usaha mengekalkan imbangan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman kita memberi kesan positif kepada emosi dan fungsi otak kita.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kita dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan, menambah baik emosi kita dan mewujudkan perasaan yang menenangkan dengan menjaga kesihatan sistem penghadaman kita menerusi hubungan sistem penghadaman dengan otak (gut-brain connection).

Mikrobiota dalam sistem penghadaman kita memainkan peranan ‘otak kedua’ yang akan mempengaruhi fikiran dan perasaan kita.

Sepertimana sebahagian besar emosi kita dipengaruhi oleh saraf dalam sistem penghadaman kita, otak kedua ini memberi kita wawasan tentang keadaan minda kita dengan cara yang kurang ketara seperti rasa kecut perut apabila gementar.

Sistem penghadaman yang lebih sihat membuat anda lebih gembira

Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan bakteria jahat boleh mengubah kimia otak kita dan menjejaskan emosi kita secara langsung.

Dengan menaikkan tahap bakteria baik dalam badan kita menerusi pengambilan probiotik, sebagaimana yang terdapat dalam minuman susu kultur seperti Vitagen, kita dapat mengawal tahap bakteria jahat.

Dengan kehadiran berbilion-bilion kultur probiotik hidup (Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei) dalam setiap botol, pengambilan Vitagen setiap hari boleh menyokong pengambilan probiotik kita.

Kultur hidup ini telah dirumus khas supaya dapat menahan sifat keasidan jus hempedu dan perut untuk sampai ke sistem penghadaman supaya dapat membantu mengimbangkan ekosistem bakteria yang menjadikan sistem penghadaman lebih sihat, dan memastikan emosi yang lebih positif disokong oleh pengeluaran serotonin dalam sistem penghadaman kita.