DAHULU rupanya tidak seperti hari ini, berwajah kusam, bertubuh gemuk dan tidak punya apa-apa. Namun tekadnya untuk mencipta transformasi nyata berjaya merubah kehidupannya pada ketika ini.

Itulah dia, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, anak seni yang dianggap baharu dalam dunia lakonan namun memberikan impak kepada peminat yang mula menantikan lakonan dari pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini.

Bakat lakonannya mula dicungkil melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014. Lebih

mudah disapa dengan panggilan Afiq, jejaki berusia 23 tahun ini telah dilantik menjadi duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun ini. Afiq juga pernah dilantik menjadi duta untuk Syukur Selalu iaitu slogan TV3 sempena hari raya tahun lalu.

Perubahan

Niat berubah bukan semata untuk diri sendiri tetapi melahirkan sebuah inspirasi buat orang sekeliling. Bayangkan saya pernah mencecah berat badan sehingga 130 kilogram. Dilabel sebagai penghidap obesiti, doktor juga menasihatkan saya agar mula menurunkan berat badan agar terhindar daripada pelbagai penyakit.

“Dulu rupa saya tidaklah seperti hari ini, berwajah kusam, bertubuh gemuk dan tidak punya apa-apa. Saya akur akan kelemahan itu dan menjadikan kekurangan itu sebagai pencetus semangat untuk berubah. Bermula dari itu, saya mengubah mind set dan perspektif tentang kehidupan dan bersungguh untuk mengurangkan berat badan, mengambil masa dalam tiga tahun untuk benar-benar mendapatkan bentuk badan impian dan berat badan yang ideal.

Halangan

Jika tiada cabaran pasti tidak exciting dan keterujaan untuk berusaha itu tidak seindah yang tergambar. Saya mahu cabar diri dan set up my own goals untuk melaksanakan transformasi ini. Tipu jika saya tidak rasa bebanannya.

Perlu bersedia mental dan  zikal agar tidak berhenti di pertengahan jalan. Jika jatuh pantas bangkit semula sebelum ia menjadi hambar. Bagi saya, diet adalah bahagian paling sukar untuk diamalkan kerana ia merangkumi sebahagian daripada keperluan rutin saya. Diet merangkumi 70% dan workout hanya 30% sepanjang proses saya mengurangkan berat badan. Memang susah mahu bertahan dalam makanan. Kadangkala saya sehingga tidak punya tenaga untuk melakukan senaman. Namun, lama kelamaan I get used to it. Apa yang penting jangan mula berhenti sebelum tiba ke puncaknya. Itu resipi kejayaan saya.

Motivasi

Motivasi diri tercetus kala melihat hasil dalam proses melakukan diet dan latihan. Inspirasi lahir dari dalam diri sendiri agar ia kekal bertahan. Semuanya harus bermula dari sendiri. Saya konsisten kerana ada matlamat saya jelas. Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain melalui kejayaan yang saya miliki. Oleh itu saya harus tekad dan berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Pandangan

Pandangan dan persepsi masyarakat serta orang sekeliling sudah pasti beraneka rencahnya. Tidak menghiraukan persepsi negatif orang sekeliling dan menjadikannya sebagai sebuah cabaran untuk saya terus tetap fokus ke hadapan. Kadangkala saya ter kir akan sisi positif tentang apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling. Bagi saya, setiap individu memerlukan cabaran untuk dia berubah. Jika masih berada di dalam comfort zone mungkin sukar untuk menginjak perubahan.

Momentum

Kombinasi antara diet dan latihan adalah penting untuk hasil yang lebih berkesan. Konsistensi adalah cabaran paling besar kala sudah berada di dalam fasa berat badan ideal. Saya mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan gula dan garam serta menolak karbohidrat dalam jadual diet.

Latihan di gimnasium selama satu jam setiap hari sudah memadai untuk weight dan functional training. Setiap hari juga saya mengamalkan kardio untuk mengekalkan stamina dan tenaga berterusan untuk latihan di gimnasium.

Selain itu, saya turut mengamalkan pengambilan supplement untuk membantu saya mengekalkan berat badan rendah dan bentuk fizikal yang menarik. Diet dan latihan setiap individu adalah berbeza. Kenali diri sendiri dan faham keperluan tubuh untuk menghasilkan diet dan latihan yang efektif.

Nasihat

Pernah tersalah langkah dahulu apabila pernah melalui fasa over diet ketika dalam proses menurunkan berat badan, kerana terlalu taksub dengan keinginan memiliki tubuh badan yang menarik, saya terlupa akan faktor kesihatan yang saya utamakan.

Oleh itu, kepada semua individu yang mahu menurunkan berat badan, kamu harus mematuhi diet yang seimbang dan latihan yang lebih efektif dan bijak agar proses menurunkan berat badan ini menjadi suatu pengalaman yang menggembirakan serta menjadi suatu amalan gaya hidup setiap hari. Letakkan matlamat dan fokus untuk mencapainya. Ubah pemikiran bahawa anda mampu kurus dan menurunkan berat badan serta yang paling penting jangan mudah mengaku kalah!

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :