DIABETIS ialah kemudaratan kesihatan global yang semakin ketara, yang menjejaskan kehidupan lebin ramai orang setiap hari.

Pada hari ini, Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) telah melancarkan Edisi Ke-8 Atlas Diabetes IDF, yang menganggarkan terdapat seramai 425 juta penghidap diabetes di seluruh dunia – ini merupakan seorangpenghidapdaripada setiap 11 orang dewasa.

Dalam kumpulan ini, satu daripada dua dewasa yang menghidap diabetes diandaikan masih belum didiagnos. IDF meramalkan bahawa menjelang 2045, terdapat 629 juta penghidap diabetes, dengan perbelanjaan kesihatan berkaitan yang mencecah lebih USD 776 bilion.

Diabetes mempunyai tahap kelaziman yang tinggi di Malaysia buat masa ini, 3.6 juta atau 17.5 peratus daripada rakyat Malaysia didiagnos dengan diabetes. 1.78 juta daripada mereka merupakan wanita.

Menurut tinjau selidik yang dikendalikan pada 2015, ia dianggarkan bahawa seorang daripada lima dewasa Malaysia akan menghidap diabetes menjelang 2020 namun bagaimanapun, jumlah yang dilaporkan telah melebihi anggaran tersebut dan ini jelas menunjukkan pertumbuhan eksponen penyakit tersebut.

Menurut laporan terbaru daripada National Obstetrics Registry (2010), kadar kencing manis yang dihadapi perempuan mengandung adalah 9.9 peratus.

Tindakan segera

Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan, menekankan kepentingan pencegahan dengan mempercepatkan usaha pencegahan, pemeriksaan risiko awal, dan pengurusan penyakit yang sesuai.

“Diabetes menjejaskan orang ramai dalam masyarakat kita dan ia merupakan cabaran jangka panjang dan juga beban. Di Malaysia, 1.8 juta rakyat Malaysia yang mempunyai kencing manis tidak didiagnos dan Hari Diabetes Sedunia adalah platform yang penting untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk kerjasama untuk mewujudkan komitmen supaya orang ramai mempunyai akses kepada penjagaan,” jelasnya.

Terdedah kepada risiko

Setiausaha Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia & Pakar Perunding Endokrin, Hospital Putrajaya, Dr Nurain Mohd Noor pula berkata, GDM dihidap oleh perempuan hanya semasa hamil, tetapi ia membawa risiko jangka panjang untuk diabetes jenis II untuk ibu dan anak.

“Risiko-risiko utama merangkumi perempuan yang lebih tua semasa mengandung, obesiti, sejarah diabetes dalam keluarga, GDM semasa kehamilan terdahulu, sejarah kematian bayi semasa lahir atau melahirkan bayi dengan kecacatan kongenital.

“Usaha meningkatkan kesedaran tentang GDM dalam kalangan wanita dan suami mereka adalah amat penting untuk memastikan pengesanan dan pengurusanawal. Wanita yang terdedah kepada faktor risiko GDM hendaklah berunding dengan doktor mereka jika mereka bercadang untuk hamil bagi memastikan mereka mendapat bimbingandan sokongan untuk menguruskan parasgula darah mereka,” ujarnya.

Terus beri sokongan

Bagi Naib Presiden Korporat, Rantau BAOS Novo Nordisk, Sebnem Avsar Tuna, berkata, laporan IDF yang baru menunjukkan bahawa pandemik diabetes terus meningkat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga mencapai tahap kritikal pada peringkat global.

“Dalam peringatan ulang tahun ke-10 Hari Diabetes Sedunia yang ditetapkan sebagai hari rasmi United Nation ia adalah penting bahawa kita semua diingatkan mengenai keperluan untuk terus bekerjasama untuk mencegah, mendiagnosis, dan menguruskan diabetes dengan berkesan.

“Kami bangga untuk memberi sokongan kepada Hospital Putrajaya tahun ini sempena Hari Diabetes Sedunia, yang merangkumi ruang maklumat kesedaran awam untuk mendidik orang ramai tentang risiko GDM dan cara mencegah perkembangannya, terutamanya jika anda tergolong dalam kategori yang berisiko,” jelasnya.