PADA 2012 menunjukkan bahawa 33.8% daripada penduduk Malaysia mengalami gejala-gejala insomnia dan 12.2% menghidap insomnia kronik. Masalah tidur merupakan satu wabak global yang menjejaskan 45% penduduk dunia.

Perangkaan menunjukkan fakta yang membimbangkan! Seramai 71,000 orang mengalami kecederaan setiap tahun disebabkan kemalangan yang berkaitan dengan tidur,dengan 1,550 orang mati disebabkan kemalangan yang berkaitan dengan tidur dan 46% daripada individu yang sering mengalami gangguan tidur melaporkan tidak hadir kerja atau acara, atau membuat kesilapan semasa bekerja.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kita menghabiskan 1/3 daripada hayat kita dengan tidur. Tidur merupakan keperluan asas manusia dan penting kepada kesihatan dan kesejahteraan. Menurut satu kaji selidik serantau, secara purata rakyat Malaysia hanya tidur selamat 6.4 jam, kurang 1.6 jam daripada 8 jam tidur yang disyorkan.

Perkara biasa

Insomnia sudah menjadi satu gangguan tidur yang biasa dalam masyarakat moden, dicetuskan oleh kesibukan dan tekanan gaya hidup dan penggunaan produk elektronik, yang menyebabkan kekurangan tidur.

Tidur yang kurang berkualiti atau kekurangan tidur boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, kelemahan sistem imun dan menimbulkan masalah psikologi seperti kemurungan, keresahan dan psikosis.

Terdapat hampir 100 gangguan tidur, tetapi kebanyakannya boleh ditangani dan diuruskan dengan bantuan pakar tidur. Memandangkan hanya 1/3 daripada penghidap meminta bantuan profesional, Am Life berhasrat untuk memberikan lebih banyak pendidikan tentang kesihatan dan penyelesaian tidur dengan menggunakan terapi keupayaan elektrik, yang telah diselidiki dan dibuktikan secara saintifik di Jepun berpuluh-puluh tahun dahulu.

Terima pengiktirafan

Pakar kesihatan tidur, Am Life International Sdn Bhd (Malaysia) baru-baru ini menerima Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia 2017 di Prague, Republik Czech – menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia yang menerima anugerah berprestij ini.

Anugerah yang menjadi rebutan ini hanya disampaikan kepada 5 negara – Brazil, Itali, Mexico, Portugal dan Malaysia (Am Life) oleh kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia di upacara yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidikan Tidur & Perubatan Tidur Republik Czech.

Am Life Malaysia mendapat pengiktirafan kerana usaha berterusannya untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan tidur.

Pengasasnya Lew Mun Yee sentiasa memberi ceramah di seluruh rantau ini tentang insomnia dan masalah tidur yang semakin meningkat di Asia Pasifik dan seluruh dunia.

Apabila permintaan global meningkat bagi penjagaan kesihatan berkaitan insomnia dan masalah kesihatan suboptimum pada 2012, Lew mencari ‘sistem tempat tidur penjagaan kesihatan’ yang boleh memberikan penjagaan kesihatan secara sewajarnya dan terapi pemulihan kepada pelanggan apabila mereka tidur atau berehat.

Kelengkapan tempat tidur ini pada asasnya ialah tilam termoterapi serat karbon yang disokong oleh ‘bantal kesihatan prestasi tinggi’ dan ‘selimut tenaga titanium’.