DIA ibarat membawa aura classy di setiap acara yang dihadirinya. Tidak pernah kalah dalam bergaya, Andre Amir berkongsi perihal gaya 2018 sebagai seorang influencer fesyen lelaki yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Terlalu ramai yang ingin menjadi influencer, namun tiada identiti tersendiri, pendapat anda?

Saya rasa kini semakin ramai yang menjadi “Instafamous”, tetapi tak boleh digelarkan “KOL  Key Opinion Leader”. Mereka ini diangkat menjadi KOL biarpun setakat ribuan pengikut kerana apa yang disampaikan ada pengisian yang boleh dipelajari atau diambil sebagai inspirasi. Perlu disusuli dengan minat serta kukuh pendirian. Ini apa yang kita perlukan iaitu input.

Ciri-ciri influencer?

Anda perlu ada subjek fokus, apa yang anda benar-benar minat, pilih satu yang benar-benar kuat contoh, gaya hidup lasak, memasak atau anda seorang yang gemarkan fesyen lelaki.

Cuba cipta identiti agar orang faham apa yang anda mahu sampaikan.

Influencer juga merupakan profesion, tidak kira ia dilakukan separuh masa sekalipun, ia harus dilakukan secara profesional, jika sambil lewa itu menunjukkan anda belum lagi bersedia.

Anda adalah orang yang mengatur input, anda perlu memberi inspirasi serta ia perlu sentiasa berkembang, kerana orang inginkan suatu yang baru.

Pentingnya influencer ?

Kos penggunaan influencers sememangnya lebih murah berbanding pengiklanan di billboard dan media, dan ianya lebih fleksibel. Lebih bajet, lebih ramai influencers boleh diambil dalam satu satu kempen dan mampu mencapai jutaan audience.

Setiap influencers ada kelebihan atau niche masing-masing. Pengikut mereka juga berbeza-beza. Lebih tepat untuk label menggunakan saya contohnya untuk mempromosikan produk atau servis yang berkaitan dengan men’s fashion dan men’s lifestyle sebab majoriti hampir 70% pengikut saya terdiri daripada lelaki urban dalam lingkungan 20-45 tahun dan menggemari fesyen.

Tidak salah untuk another Influencer lelaki, yang ramai pengikutnya yang terdiri gadis muda  pula, untuk mempromosikan barang kecantikan misalnya.

Ramai yang salah faham memikirkan semua yang kami paparkan adalah diberikan percuma. Banyak jenama yang kami paparkan tak semestinya dibayar atau diberikan insentif.

Trend lelaki 2018

Key trends would be high-waist trousers, glittering and shiny fabric, pop of strong colours like yellow and green, stripes and vertical lines, printed florals, body pack, belt bag.

Instagram fashion yang sering menjadi rujukan anda?

@GQ @mensnsfashionpost @ootdmen

Tiga item lelaki wajib ada di dalam almari mereka?

Sepasang suit kelabu atau navy blue (never black), denim jeans, basic tee yang sentiasa kelihatan baharu (I love black tee dan ada beberapa helai yang sama setiap masa).

Apa yang anda tidak mahu lihat lagi di dalam gaya harian lelaki 2018?

Aksesori pada sut yang berlebihan dan buttoning the last button pada blazer (Jangan button up butang paling bawah untuk tiga butang atau dua butang jaket)

Peraturan gaya yang lelaki perlu tahu?

Ukuran perlu tepat biarpun ketika mengenakan trend ‘oversize’.

Tip terbaik gaya yang pernah anda terima?

Always stand tall and shoulder back and you’ll look good in anything.

Bagaimana Instagram membantu perkembangan dunia fesyen?

Generasi sekarang semuanya inginkan suatu yang cepat, jadi sosial media ini adalah ruang akses paling pantas untuk mengetahui trend, fesyen atau apa juga yang terkini.

Falsafah gaya anda?

Wear what you like with confidence.

Nasihat untuk mereka yang baru ingin mendekati fesyen?

Pakailah mengikut kesesuaian umur dan kerjaya. Saya sendiri banyak belajar menerusi internet. Paling penting, ukuran harus betul.