JIKA anda teringin menikmati makanan Jepun, Thai dan juga tempatan, Restoran Shikiya perlu menjadi destinasi wajib anda.

Di Restoran Shikiya, di sinilah tempat di mana penggemar makanan Jepun dan Thai boleh mendapatkan masakan terbaik daripada kedua-dua masakan dua negara ini. Pastinya harga berbaloi di bawah satu bumbung.

Pilihan menu pelbagai dari negara Jepun dan Thailand ini pastinya membangkitkan selera kepada penggemar masakan dari Asia. Turut tidak dilupakan menu tempatan juga ditawarkan di sini.

Pemiliknya dan juga Pengarah Urusan, Mohd Hijrah Raj berkata, idea dan konsep yang diperkenalkan oleh Shikiya adalah ‘one stop centre’ bagi penggemar makanan Jepun, Thai dan Fusion.

“Pelanggan tidak perlu pening kepala untuk memenuhi selera mereka kerana Shikiya tahu bagaimana untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

“Semua resipi yang dihidangkan merupakan resipi tersendiri dan asli.

“Kita beli bahan mentah dan dimasak sendiri oleh chef terlatih,” katanya yang berpengalaman bersama sebuah restoran makanan segera hampir 13 tahun sebelum membuka perniagaan restoran Shikiya bersama ibunya.

Shikiya yang beroperasi di Plaza Low Yat menyediakan pelbagai menu antaranya sushi, sukiyaki , sashimi ikan salmon, seafood tomyam dan pilihan penulis pastinya kari kepala ikan.

Menariknya, Shikiya tidak lokek memberi pelanggan menambah air (water refill) dalam menu yang ditawarkan percuma sebagai tarikan kepada orang ramai.

Hijrah yang kini menginjak usia 51 tahun berkata, nama Shikiya bermaksud empat musim (four season) dan ia bertepatan dengan konsep restorannya yang menyediakan makanan cita rasa antarabangsa

“Shikiya sudah beroperasi 10 tahun dan saya juga bercadang untuk mengembangkan perniagaan ini dan bersedia untuk berkongsi idea serta konsep dengan orang ramai yang ingin menceburi perniagaan makan.

“Saya mempunyai perancangan tersendiri dan sesiapa yang bercadang untuk membuka perniagaan tetapi tidak tahu untuk memulakannya boleh menghubungi saya,” katanya yang percaya setiap perniagaan perlu mempunyai sistem tersendiri.

Sementara itu, kepada yang ingin mencuba dan mahukan kelainan di Shikiya, promosi ‘value set’ boleh didapati sekarang.

Dari harga set RM10.90 dan RM16.90, Shikiya menawarkan sushi set, tom yam daging, Thai yakitori, salmon teppan, black pepper udon, tempura udon dan lain-lain lagi termasuk minuman.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.