GERAM pula bila tengok ramai yang post status di media sosial sebuah restoran Shell Out yang sedang trending di Lembah Klang ini. Tanpa pinggan hidangan makanan laut dilambak di atas meja yang beralas kertas parchment.

Hidangan restoran Shell Out ini memang buat kita telan air liur. Bayangkan ketam, sotong, udang penuh meja dengan sambal menunggu masa untuk diratah. Aduh tak boleh tahan, tarikan inilah yang memanggil-manggil untuk pengunjung datang.

Tapi nak makan selalu kena beringat juga maklumlah mahal, makan tiga orang boleh cecah ratusan.

Jadinya atas dasar penjimatan VK berusaha menggugel mencari resepi ala-ala Shell Out. Resipi ini diambil dari dari laman web www.azhafizah.com dan blog sihatimerahjambu. Katanya stail hidangan lebih kurang di kafe terkenal itu tapi cara masakannya diolah mengikut cita rasa sendiri.

Bahan untuk pes:  
Cili kering – direbus
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keeping (anggaran 2-3 keping)

Cara membuat pes:
Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.

Cara memasak ketam:
1.    Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
2.    Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
3.    Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
4.    Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
5.    Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
6.    Siap dimasak.

Cara memasak udang:
1.    Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
2.    Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
3.    Masak hingga kering sedikit
4.    Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.

Cara memasak sotong:
1.    Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
2.    Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
3.    Masak menggunakan kuali non stick.
4.    Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
5.    Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara penyediaan sayur dan dressing:
1.    Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
2.    Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.

Resipi: www.azhafizah.com dan Blog sihatimerahjambu
Foto: Sumber Thegardennom & Facebook

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELAINAN yang cuba dibawa seorang peniaga dari Kampung Charok Gorok, di sini dengan menjual char kuey teow daging kambing ternyata berjaya memikat hati pelanggan.
  • SESUAI dengan namanya nasi goreng udang atau sotong banjir, setiap hidangan dipenuhi udang dan sotong membuatkan pelanggan yang memesan tidak sabar menikmati hidangan menyelerakan itu.
  • MAKAN di dalam kawasan bendang memang menjanjikan suasana tersendiri buat pengunjung.
  • KEENAKAN rasanya menjadikan kuih tepung talam tiga rasa dijual tepi jalan Parit Panjang- Kuala Ketil di hadapan Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin menjadi buah mulut pelanggan sejak 11 tahun lalu.
  • RESTORAN dan Kafe Jom Makan terletak di Bandar Bukit Sentosa menawarkan menu istimewa berasaskan tomyam yang pasti menambat selera penggemar masakan tersebut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.