TAHUKAH anda, sepanjang bulan Oktober dan November ini, anda boleh menikmati sepuas-puasnya keenakan ikan kerapu dan juga ikan merah yang dimasak dengan ramuan khas oleh chef terkemuka Hotel Grand Bluewave Shah Alam.

Bukan sekadar hidangan ikan, anda turut disajikan dengan set enam sajian masakan cina yang dijamin mampu memenuhi citrasa dan selera anda, rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

Promosi  Garoupa  dan Snapper Delight yang boleh anda nikamti di Restoran Cina Tung Yuen di Grand Bluewave ini  mempunyai dua jenis set menu iaitu Garoupa Delight dan Snapper Delight  yang sesuai untuk lima orang dengan harga serendah RM57 seorang.

Sajian untuk set promosi Garoupa Delight adalah empat jenis dim sum yang distim di mana rasanya sungguh enak dan sesuai sebagai pembuka selera,  Kong Pau Ayam yang disajikan dalam plat panas, tauhu rebus dengan makanan laut, Hong Kong kai lan berserta udang, daging bersama bawang putih, nasi goreng atau nasi putih dan sebagai penutup anda disajikan dengan kedinginan air buah longan yang dicampur dengan hirisan kelapa laut.

Manakala bagi yang gemarkan ikan merah (Snapper Delight), set ini didatangkan dengan  empat jenis dim sum yang distim, ayam goreng tanpa tulang dengan sos telur masin berkrim, tauhu rebus bertelur dengan pes sotong dan sos telur putih, udang digoreng dengan asparagus dan belacan, nasi goreng dengan kiub keladi atau nasi putih dan hidangan buah-buahan campuran.

Kami yang sempat menikmati hidangan ini, mengakuinya ianya sangat berbaloi dengan keenakan dan keunikan kombinasi setiap hidangan yang menjadikan ia lebih mewah dan bergaya apabila dihidangkan di meja makan anda.

Restoran  Tung Yuen yang terletak di tingkat satu ini dibuka setiap hari dari pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang hingga pukul 10 malam untuk makan malam.

Anda yang ingin menikmati hidangan ini digalakkan untuk membuat tempahan awal, maklumat lanjut di www.bluewavehotels.com atau emel ke marketing@bluewavehotels.com.

Harga tertakluk 6% daripada gst serta restoran ini turut mempunyai sijil halal yang sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hotel Grand Blue Wave juga merupakan satu-satunya hotel yang mendapat pengiktirafan hotel mesra halal yang juga turut mendapat rating tertinggi di rantau ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAGI penggemar makanan ringan terutamanya aiskrim, kiosk Roll Eroll yang terletak di Uptown Kontena, di sini wajib dikunjungi kerana ia bukan sahaja menawarkan pelbagai hidangan enak tetapi juga lain daripada yang lain.
  • PERCAYAKAH anda nasi lemak berlauk udang galah dijual harga RM69 sepinggan?
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.