BULAN penuh keberkatan ini, Element, Kuala Lumpur menawarkan pilihan makanan yang menyelerakan di Restoran Trace, tingkat 40 sepanjang bulan Ramadan.

Bertemakan Warisan Rempah Ratus hidangan bufet disediakan oleh Chef Eksekutif Hashrul.  Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah daripada tingkat atas di samping merasai menu berbuka yang menggamit rasa.

Antara yang menarik ialah Gulungan Otak-Otak dan Kerabu Mangga bersama Ikan bilis, Gulai Daging Salai Utara Nangka Muda, Kerabu Daging Berempah, Kacang Buncis bersama Kerabu Kerang.

Manakala seleksi makanan laut terdiri daripada Udang Cili bersama Ketumbar dan limau, tiram segar, Kepah Bawang Putih bersama Daun Bawang . Tidak dilupai sushi, maki roll dan sashmi.

Untuk menambah rasa pada hidangan, sudut Lesung Batu Mak Wan menampilkan variasi sambal iaitu sambal belacan , sambal belacan nanas, sambal belacan mangga muda, sambal rawit, sambal tempoyak, sambal budu, sambal cencaluk dan sambal kelapa.

Mesti cuba di sini termasuk Peha Kambing Bumbu Jawa Barongan dengan Nasi Briyani, Aroma Aneka Ikan Panggang Daun Kunyit, Sup Rempah Utara Malatop dan Assam Pedas Ikan Sembilang Seri Mersing. Juga menu klasik , Nasi Ambeng Ayam Rempah Nusantara dengan olahan rempah ratus yang terpilih.

Warisan Rempah Ratus diinspirasikan daripada menu tempatan, cina, barat dan Jepun di samping  menawarkan seleksi makanan yang enak serta pengalaman menjamu selera di sky dining.

Setiap hari menu dihidangkan adalah  berbeza bagi memenuhi kepuasan pengunjung. Harga bufet Warisan Rempah Ratus RM 159.00nett untuk dewasa  bermula jam 6 .00 pm hingga 10.30 malam di Trace Restaurant and Bar , bermula 26 Mei hingga 24 Jun 2017.  

Pengunjung pasti tidak sabar untuk menikmati hidangan yang ditawarkan di sini. Jadikanlah Element Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi berbuka puasa anda bersama keluarga.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.