GUA MUSANG – Di saat rakyat berdepan dengan masalah kos sara hidup yang makin meningkat, masih ada peniaga yang tidak mengambil kesempatan dengan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Malah, konsep meniaga sambil beramal yang ditetapkan pemilik kedai nasi ayam, Azila Aziz, 29, ini meletakkan kedainya sebagai 'Kedai Mampu Makan' dengan harga RM1.90 untuk satu hidangan biasa.

Katanya, perkhabaran mengenai daerah ini yang dilabelkan sebagai antara kawasan paling tinggi kos sara hidup di Kelantan memberi peluang kepada anak jati dari Jerteh, Terengganu ini berkelana ke Gua Musang.

"Sebelum ini, saya hanya meniaga kek secara atas talian. Apabila mendapat tahu Gua Musang merupakan salah satu kawasan yang menawarkan harga makanan yang mahal, saya berminat untuk meniaga di sini.

"Bukan mahu menutup periuk nasi peniaga lain, namun saya mahu orang yang susah dan jarang boleh merasa nasi ayam dapat makan dengan harga kurang dari RM2 kerana rata-rata kedai menjual dengan harga dari RM5 hingga mencecah RM7 satu hidangan.

"Walaupun dengan harga rendah, masih ada untung untuk saya biarpun 'nipis'. Alhamdulillah, setiap hari, saya dapat menghabiskan 35 hingga 40 ekor ayam," katanya lagi.

Bertempat di Dataran Kesedar, Azila memberitahu, kedainya mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 malam dan dilanjutkan sehingga 1 pagi sekiranya masih ada pelanggan.

Tambah Azila, selain nasi ayam biasa, dia turut menawarkan hidangan Nasi Ayam Special dengan harga RM3.50 dan hidangan barat seperti Chicken Chop dengan harga RM5 sahaja.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SETIU - Kuasa tular atau 'viral' memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di sini, sejak sebulan yang lalu.
  • KUANTAN - Meskipun perniagaan Nasi Lemak Simple pernah ditutup kira-kira empat tahun lalu, namun sebaik dibuka semula ia masih mendapat sambutan menggalakkan.
  • SHAH ALAM - Menyediakan 11 menu merangkumi 52 jenis makanan laut, sayur-sayuran dan daging dengan harga serendah RM12.90, Ayu Steamboat & Grill tentunya pilihan tepat untuk memenuhi ‘selera besar’ anda.
  • BIDOR - Nekad seorang mualaf di sini, membuka kedai makan sejak 2015 lalu berbaloi apabila resipi memasak mi kari ciptaannya mendapat sambutan baik daripada pelanggannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.