BAGI penduduk Seremban, Kedai Babu Jalan Veloo, nama jolokan kedai yang menyajikan makanan sarapan pagi itu begitu terkenal sebagai lokasi menyajikan makanan enak pada harga paling murah.

Dibuka seawal jam 4.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari, Kedai Makanan dan Minuman Ikhbal menjadi pilihan penduduk sekitar Seremban tanpa mengira bangsa dan kedudukan untuk menikmati sarapan yang disediakan.

Kesemua makanan sarapan seperti nasi lemak, bihun dan mi berharga RM0.70, manakala kuih muih dikenakan harga RM0.40 selain telur separuh masak berharga RM0.80.

Pemilik kedai, Ikhbal Ahmad Shah Mohamad 55, berkata, sejak kedainya beroperasi pada tahun 2004, sememangnya sajian makanan sarapan kekal dengan harga RM0.70 .

“Di sini ada bermacam-macam jenis nasi lemak yang diterima daripada lapan pembekal, ada nasi lemak sambal ikan masin, ikan bilis, petai dan telur yang kesemuanya berharga RM0.70.

“Kebiasaannya, memang semua sajian pagi, habis apabila tiba tengah hari. Pengunjung terdiri daripada pelbagai bangsa datang ke sini untuk bersarapan malah ada pelanggan yang datang daripada Johor, Singapura dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Tengku Zulhilmi Tengku Omar Hussein 28, berkata, sejak di bangku sekolah menengah lagi, dia sudah menjadi pelanggan tetap di kedai itu.

“Makanan di sini, memang murah sangat. Persekitarannya pula amat baik. Biasanya saya memang ambil nasi lemak, telur mata untuk bersarapan,” katanya.

Bagi, Elvis Ee, 41, dia akan datang ke sini seminggu sekali untuk bersarapan.

“Siapa yang tidak kenal Kedai Babu Jalan Veloo. Semua penduduk Seremban mesti tahu punya. Harga memang murah.

“Hari ini saya bersarapan pun tidak sampai RM3,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELAINAN yang cuba dibawa seorang peniaga dari Kampung Charok Gorok, di sini dengan menjual char kuey teow daging kambing ternyata berjaya memikat hati pelanggan.
  • SESUAI dengan namanya nasi goreng udang atau sotong banjir, setiap hidangan dipenuhi udang dan sotong membuatkan pelanggan yang memesan tidak sabar menikmati hidangan menyelerakan itu.
  • MAKAN di dalam kawasan bendang memang menjanjikan suasana tersendiri buat pengunjung.
  • KEENAKAN rasanya menjadikan kuih tepung talam tiga rasa dijual tepi jalan Parit Panjang- Kuala Ketil di hadapan Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin menjadi buah mulut pelanggan sejak 11 tahun lalu.
  • RESTORAN dan Kafe Jom Makan terletak di Bandar Bukit Sentosa menawarkan menu istimewa berasaskan tomyam yang pasti menambat selera penggemar masakan tersebut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.