Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, RASA mendapat banyak jemputan untuk membuat reviu makanan berbuka puasa. Salah satu yang sempat RASA pergi adalah di restoran SKY 360° yang bertempat di tingkat atas e.City Hotel, Subang Jaya, Selangor.

Apa yang RASA suka dengan pilihan hidangan di restoran ini adalah ia menawarkan pelbagai menu yang boleh memenuhi selera semua orang. Jika anda sukakan masakan melayu, RASA cadangkan anda untuk mencuba Ketam Masak Lemak Nenas di sini. Rasanya memang umphh!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/160516/lemak%20nenas%20web.jpg



Boleh pula ‘dipadankan’ bersama seleksi sambal yang semuanya memikat selera seperti sambal belacan, sambal kicap, budu, dan cencaluk. Tidak ketinggalan pilihan kerabu seperti kerabu sotong, kerabu pucuk paku, kerabu mangga, kerabu suhun dan banyak lagi. Sebut saja kerabu apa yang anda nak. Semuanya ada di sini.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/160516/sambal%20web.jpg


Jika mahukan menu ringkas, anda boleh memilih untuk makan rojak pasembor Penang atau salad barat. Buat peminat makanan laut, terdapat kaunter khas yang menyajikan udang dan kupang bersama sos khas. Memang best! Anda juga boleh menikmati sup atau piza yang turut dihidangkan di restoran ini.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/160516/kupang%20web.jpg



Paling menjadi rebutan di sini adalah kambing bakar bersama taim dan sos pudina selain itik peking. RASA memang recommend hidangan ini yang turut disajikan bersama pelbagai kentang bakar yang boleh diberi lima bintang!


http://support.karangkraf.com/editorial/ras/160516/roasted%20web.jpg

 

Untuk pemanis mulut pula, anda boleh memilih sama ada kuih tradisional melayu ataupun dessert ‘mat saleh’. Semuanya sedap.



http://support.karangkraf.com/editorial/ras/160516/tat%20buah%20guna.jpg


Banyak lagi hidangan lain jika mahu RASA ceritakan satu  per satu. Pendek kata, jika anda berbuka puasa di sini sangat berbaloi dengan caj yang dikenakan. Hanya RM128.00 buat dewasa dan 50% diskaun buat kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. Buat kanak-kanak bawah tiga tahun, tiada sebarang bayaran dikenakan.

RASA boleh jamin rasa makanan di sini semuanya sedap. Jangan ketinggalan untuk berbuka di sini nanti!