BUAT pembaca yang sedang merencana jadual berbuka puasa untuk seisi keluarga sememangnya inilah waktu sesuai untuk membuat carian dan tempahan.

Minggu ini, apa kata layari maklumat penuh di www.melia.com dan semak dua restoran di hotel ini yang membuka tempahan untuk bufet Ramadan anda.

Melia Kitchen mengetengahkan menu bertemakan Warisan Desa yang menyediakan 235 hidangan setiap hari. Warisan Desa sememangnya memenuhi selera tetamu di mana aspirasinya adalah rasa autentik pelbagai budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Eksekutif Chef Melia Kuala Lumpur, Chef Nelson Ray Hj Samson berkata, restoran dengan dekorasi gaya moden ini menempatkan aneka jenis nasi seperti nasi kerabu, briyani, seleksi bubur, kuih-muih tradisional, sate, hidangan pembuka selera aneka kerabu, makanan laut dan pencuci mulut.

Beliau menggunakan segala pengalaman dan kepakaran sepanjang 20 tahun perkhidmatan sebagai chef dengan menyatukan elemen budaya, masakan tradisional jawa, masakan dari kepulauan Borneo dan semenanjung bagi memberikan cita rasa unik buat semua peminat hidangan warisan desa.

Dibuka pada harga RM126 nett untuk dewasa, The Melia Kitchen menawarkan diskaun sebanyak 40 peratus untuk promosi early bird bagi pembelian sehingga 15 Jun ini.

Classic BBQ

Sementara itu, La Brissa by The Pool menampilkan kelainan dengan seleksi makanan bufet yang dihidangkan di tepi kolam renang bagi memberikan sentuhan suasana yang santai.

La Brissa juga menawarkan lebih 150 menu untuk pilihan seisi keluarga, di mana Kambing Golek dan sate semestinya merupakan satu kemestian dan menjadi hidangan signature di sini.

“Tema Classic BBQ menjadi pilihan La Brissa pada tahun ini. Kami juga menyediakan stesen hidangan grill dan makanan laut dengan sos istimewa.

“Pada harga RM88 nett, La Brissa juga memberikan potongan 50 peratus kepada kanak-kanak. Bagaimanapun La Brissa hanya dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu. Sebarang tempahan boleh dibuat menerusi www.melia.com atau Facebook Melia Kuala Lumpur,” katanya.

Selain hidangan BBQ, grill dan panggang terdapat juga hidangan masakan kampung buat mengiringi selera berbuka puasa anda.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.