BUAT yang mahukan sajian juadah berbuka puasa istimewa berkonsepkan ala gerai dan bufet dengan pelbagai pilihan, De Palma Hotel Kuala Selangor ada jawapannya!

Pengurus Residen De Palma Hotel Kuala Selangor, Rahmat Nawi berkata, untuk Ramadan kali ini, pihaknya menyediakan sajian juadah berbuka puasa yang istimewa bertemakan Sajian Selera Desa.

Sesuai dengan selera seluruh masyarakat, bufet hotel ini bukan sahaja menyediakan menu pelbagai pilihan malah turut menampilkan gabungan selera ala kampong, India Muslim, selera pantai timur dan ala barat.

Menurut Rahmat lagi, semuanya dapat dinikmati dengan harga serendah RM49.90 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak.

“Setiap hari ada kelainan dari segi masakan dan dekorasinya. Selain itu, kami juga menampilkan pelbagai jenis gerai yang kami hias indah di sekeliling Malawati Grand Ballroom istimewa untuk anda. Setiap gerai yang dibina berkonsepkan ala Moroccan.

“Antara gerai yang disediakan adalah gerai kambing bakar yang di salut dengan rempah ratus dan dipanggang khas sempena bulan Ramadan ini. Bagi menambahkan lagi selera anda, kami juga menyediakan ayam bakar Pak Wakil yang dimasak dengan cara yang istimewa,” katanya.

Pihak De Palma Hotel Kuala Selangor juga menyediakan gerai mee rebus, gerai kuey teow, steamboat celup-celup, roti john, roti canai, lempeng, spaghetti, gulai kawah, ABC gerai goreng pisang, keledek dan sukun serta gerai ikan bakar daun pisang.

"Di samping itu, tidak ketinggalan juga menyajikan the tarik dan minum-minuman manis untuk santapan sambil anda berbual.

“Sudut pencuci mulut pula menyajikan pelbagai sajian seperti kurma, kuih-muih dan buahan,” katanya lagi.

Bagi menambah seri pada majlis buka puasa, pihaknya akan menjemput artis Iwan Syahman (Iwan Dangdut) pada setiap hari Rabu dan Khamis untuk menyanyikan lagu berbentuk dakwah.

De Palma Hotel Kuala Selangor juga menawarkan pakej dan potongan harga istimewa yang berpatutan di sepanjang Ramadan.

Pengunjung boleh mendapatkan harga promosi bilik bagi dengan harga promosi bilik bermula dengan harga RM100 dan hidangan bufet atau dan sahur pula bergantung kepada pakej yang diambil oleh pengunjung hotel.

Dalam pada itu, pihak hotel turut menawarkan potongan harga istimewa bagi tempahan berkumpulan yang melebihi 10 orang daripada mana-mana syarikat atau persatuan.

“Bagi yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, kami menawarkan harga yang paling istimewa dan berpatutan iaitu hanya RM20 bersih seorang bagi kanak-kanak dan RM40 bersih seorang bagi dewasa,” katanya lagi.

Untuk pertanyaan lanjut, pengunjung boleh menghubungi Rosmawati Saidin atau NurHasni Said di talian 03-3289 7070 atau faks 03-3289 7080 atau menerusi pautan laman www.depalmahotelonline.com.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.