MERAIKAN saat berbuka dengan variasi hidangan, Hotel Concorde Shah Alam pada Ramadan ini menampilkan Citarasa Negeri Selat dari dapur Melting Pot Cafe untuk mereka yang merancang berbuka di luar.

Dari utara ke selatan Malaysia, para chefnya membawakan rasa autentik daripada hidangan tradisional negeri-negeri selat, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor yang tentunya menggoda selera dan kembali bertenaga selepas seharian berpuasa.

Mulakan iftar anda dengan pelbagai pilihan manisan kurma, kemudian nikmati sajian pembuka selera daripada kerabu betik muda, kerabu daging rusa, kerabu mangga muda, bergedil ayam, aneka jeruk buah-buahan, ulam-ulam kampung dan aneka keropok.

Jangan lupa untuk mencuba hidangan di Roast Corner dengan sajian ayam, daging lembu dan ikan yang aroma panggang dan sosnya menggoda deria bau.

Beralih kepada menu utama pula, jangan lupa untuk mencuba asam pedas ikan pari, asam pedas daging, sotong Portugis, ayam cencaluk, ikan bawal masam manis, sambal udang petai, peria goreng telur dan pucuk paku goreng yang tiada tandingan lazatnya.

Hidangan dari Selat Pulau Pinang seperti ayam goreng berempah, daging rusa bukhara, kari kepala ikan, ketam goreng berempah, dan kubis goreng kunyit biji sawi disediakan dengan sempurna oleh chef untuk mengekalkan rasa asli.

Untuk menyempurnakan kepuasan iftar, tambahlah briyani daging rusa, briyani daging, ayam masak merah, kambing kurma, pucuk manis masak lemak, puyuh goreng dan sayur tempe goreng dari Selat Tebrau.

Bufet ini juga menawarkan sup kegemaran ramai dan makanan lain di Tiga Selat Corner seperti bubur lambuk ayam dara lada hitam dan bubur lambuk daging batang pinang. Untuk menambah rasa, sup ayam berempah, bihun teochew, mi bandung, ayam tandori roti nan, laksa johor serta roti benggali dengan pelbagai pilihan sup sedia untuk dihirup.

Bagi mereka yang ingin merasa hidangan western, terdapat pilihan salad seperti Roman Salad, Mesclum Salad, Seafood Mediteranean Salad, Tomato Cucumber Salad dan Carrots and Cashew Nuts Salad. Nikmatinya dengan sapuan French Dressing, Caesar Dressing atau Italian Dressing.

Banyak lagi yang perlu dicuba kerana dapur ini menyediakan lebih 300 menu setiap hari, termasuk kuih-muih Melayu. Iftar di Concorde Hotel Shah Alam menjadi begitu mudah kerana menyediakan surau dan imam bagi jemaah Isyak dan tarawih di tingkat tiga.

Dengan harga RM118 nett setiap orang dewasa boleh menikmati bufet Ramadan ‘Citarasa Negeri Selat’ di Concorde Hotel Shah Alam. Dalam tempoh tiga hari pertama dan terakhir Ramadan, pengunjung boleh menikmati harga istimewa RM95 nett setiap orang dewasa dan RM47.50 nett setiap orang kanak-kanak.

Yang tidak boleh dilepaskan, menginap di Concorde Hotel Shah Alam dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016 dengan menikmati kadar Promosi Ramadan Raya yang bermula dari RM202 nett.

Mengedarkan bubur lambuk sebelum Ramadan juga menjadi acara tahunan di hotel ini sejak 2004. Pada tahun ini, sebanyak 8,000 paket bubur lambuk disediakan sebelum diagihkan pada jam 4 petang kepada orang ramai yang melalui jalan hotel, selain dihantar ke masjid, rumah anak yatim dan rumah kebajikan berdekatan.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 5512 2200 sambungan 2304 atau e-mel kepada shah@concorde.net. Tempahan bermula sekarang!.