"BIAR betul chicken chop, nasi ayam RM3.90,” Itu mungkin antara persoalan yang keluar dari mulut orang ramai tatkala bertandang ke kedai makan milik Amirruddin Mat, 49, di Kompleks Perniagaan Pokok Sena, Kepala Batas.

Menyediakan chicken chop dan nasi ayam dengan harga semurah RM3.90 antara tarikan utama ke Restoran 9 Big Plate milik seorang lelaki berasal dari Kelantan ini.

Amirruddin berkata, chicken chop yang dijual di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

“Ayam yang digoreng disajikan dalam kadar yang pastinya puas untuk dinikmati, selain ianya disajikan dalam keadaan panas, susun atur dalam pinggan chicken chop ini juga ditambah dengan kentang goreng.

“Selain itu, kuahnya diletakkan di atas ayam yang panas tersebut yang mana ianya tampak menyelerakan bagi sesiapa yang menikmatinya,” katanya.

Katanya, selain chicken chop antara menu yang menjadi tarikan adalah nasi ayam berharga RM3.90.

“Biarpun kedua-dua makanan ini dijual dengan harga yang murah, tapi ianya disajikan dengan kuantiti yang boleh dikatakan tidak sepadan dengan harganya,” katanya.

Menurut Amiruddin, dua hidangan itu dijual dengan harga yang murah bertujuan untuk membolehkan sesiapa sahaja menikmatinya.

“Bila kita dengar saja tentang chicken chop, pastinya ramai beranggapan ia makanan mahal dan mereka yang berada saja boleh menikmatinya.

“Saya mahu buang persepsi tersebut, kita mahu buktikan siapa saja boleh nikmati hidangan ini dengan harga murah,” katanya yang gembira apabila dua hidangan istimewa yang dijualnya mendapat sambutan memberangsangkan.

Tambahnya, ada juga pelanggan yang datang dengan menaiki kereta mewah turut sama membeli chicken chop di kedainya.

“Bila ditanya, dia kata disebabkan kualiti rasanya yang berbeza dari tempat lain.

“Apa pun saya bersyukur ke hadrat ALLAH, moga apa yang saya jual ini bukan saja beri kepuasan kepada semua pelanggan, malah sebagai satu kebajikan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SESUAI dengan namanya nasi goreng udang atau sotong banjir, setiap hidangan dipenuhi udang dan sotong membuatkan pelanggan yang memesan tidak sabar menikmati hidangan menyelerakan itu.
  • ROTI canai dah sampai, tapi mana kuahnya? Nak makan apa macam ni?” laung seorang lelaki memecah keheningan pagi di Restoran Chapati Corner Karim’s di Jalan Campbell, Seremban.
  • BEBANAN kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang semakin meruncing ketika ini memberi idea kepada pasangan suami isteri dari Bandar Putra, Kulai, Johor, menjual menu nasi alas perut berharga RM2 sahaja.
  • KEMAMAN - Menu nasi goreng ikan sememangnya sudah sinonim dengan orang Terengganu kerana hidangan itu gemar dimasak oleh orang tua dari dahulu hingga kini.