JIKA ingin menikmati hidangan char kuey teow yang lain daripada yang lain, terkenal dan sedap di Klang, kunjungilah Cikgu Char Kuey Teow yang terletak di Restoran NZ Taman Chi Liung, (Kudrat), Klang Selangor.

Dengan menggunakan tagline 'mesti sedap punya' hidangan hasil air tangan Ucop atau nama sebenarnya Muhammad Yusof Othman antara yang 'power' pernah penulis nikmati.

Dengan menampilkan tiga menu utama iaitu char kuey teow biasa, telur, 'special' dan 'seafood', char kuey teow Cikgu ini pastinya akan membangkitkan selera makan anda.

"Alhamdulillah sambutan orang ramai sangat memberangsangkan, dari hari ke hari.

"Saya sangat bersyukur dengan penerimaan orang ramai terhadap hidangan char kuey teow saya," katanya kepada Sinar Online.

Hidangan yang sempurna

Hidangan Char kuey teow 'mesti sedap punya'  ini cukup teliti pembuatannya, dengan cukup adunan manis, masin dan masam, pelanggan yang menikmati hidangan ini pastinya akan mahu merasainya lagi dan lagi.

Menurut Ucop rahsia char kuey teownya yang makin mendapat sambutan itu kerana resipi tersendiri keluarganya.

"Resipi ini, warisan keluarga selain bahan segar yang diperoleh terutamanya barang 'seafood' yang kita ambil dari Pulau Ketam, ini demi kepuasan pelanggan," katanya yang turut dibantu oleh tiga orang pembantu bagi melancarkan operasi.

Info Operasi

Gerai Cikgu char kuey teow beroperasi setiap hari bermula jam 5:30 petang sehingga 1.30 malam menawarkan kepelbagaian char kuey teow terbaik untuk dinikmati semua pelanggan.

Ada char kuey teow kosong (biasa) RM5, char kuey teow telur mata RM5.50, char kuey teow special tambahan udang + kerang + telur mata RM7.

Yang paling istimewa adalah char kuey teow seafood sotong besar + udang + kerang RM10 untuk sepinggan.

Hidangan ini hanya boleh dinikmati setiap Jumaat malam dan Sabtu malam sahaja.

Layari Facebook: Cikgucharkuewtiaw untuk maklumat lanjut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DIHIDANGKAN dalam dulang, menu baby shell out kelainan yang ditampilkan di D Rofa Cafe Maggi Sotong Gergasi.
  • BAGI penggemar makanan ringan terutamanya aiskrim, kiosk Roll Eroll yang terletak di Uptown Kontena, di sini wajib dikunjungi kerana ia bukan sahaja menawarkan pelbagai hidangan enak tetapi juga lain daripada yang lain.
  • PERCAYAKAH anda nasi lemak berlauk udang galah dijual harga RM69 sepinggan?
  • TATKALA harga bahan mentah melambung tinggi di pasar, orang ramai yang berada di sekitar daerah Seremban tidak perlu bimbang untuk mendapatkan hidangan makan tengah hari yang enak dan mengenyangkan dengan harga serendah RM4.
  • SALAH satu tarikan terbaharu di Resorts World Genting ialah pengalaman merasai keenakan makanan di pusat beli-belah Sky Avenue yang menggamit kedatangan mereka menggelarkan diri sebagai kaki makan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.