SUNGAI PETANI - Harga semangkuk bihun sup daging dan sirap hanya RM2.50, manakala semangkuk laksa dan ais kacang hanya RM4 di Warung Simpor Utara, Tikam Batu.

Nampak seakan tidak percaya tetapi ironinya masih ada peniaga mengenakan kadar bayaran lebih murah lebih-lebih lagi apabila lokasinya berdekatan pusat bandar pesat membangun, Sungai Petani, Kedah.

Ia diakui pemilik Warung Simpor Utara di F122, Kampung Simpor Besar Tikam Batu kerana lebih mementingkan kepuasan pelanggan dari mengaut keuntungan semata-mata.

Dibuka bermula 2.30 petang hingga 7 malam setiap hari kecuali Sabtu, warung yang dibina di hadapan rumah pemilik itu menjanjikan suasana kampung yang cukup mendamaikan.

Pemiliknya, Duriah Hassan, 52, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah berkata, warung berkenaan telah diusahakan sejak 2002 bersama suami.

Bagaimanapun, setelah suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu, anaknya, Nor Shuhaida Subri, 32, mengambil keputusan berhenti kerja bagi membantunya menguruskan warung terbabit.

Selain itu, mereka turut menyediakan bihun sup perut/ gearbox, mi goreng, kuetiau goreng dan laksa telur sebiji yang semuanya dengan harga berpatutan.

Pada peringkat permulaan, warung ini menjadi tumpuan pelajar sekolah yang sering berulang alik menggunakan laluan tersebut, namun disebabkan harga makanan yang jauh lebih murah, ia menjadi bualan penduduk sehingga menjadi tumpuan pengunjung luar.

Menurut Mak Ngah, pada peringkat permulaan warung dibuka 14 tahun lalu, dia dan arwah suami hanya mengenakan bayaran 50 sen bagi semua jenis hidangan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.